The Rock Umum Kekasih Hamil Anak Kedua

Syafiqah Jalal
Disember 13, 2017 09:38 MYT
Bintang Hollywood, The Rock mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua hasil hubungan dengan kekasihnya, Lauren Hashian.

Berita gembira tersebut dikongsi menerusi akaun Instagram (IG)nya.

Pelakon filem Jumanji: Welcome to the Jungle itu teruja mengumumkan yang dia bakal menimang cahaya mata perempuan lagi.

The Rock turut memuat naik foto anak pertamanya dengan kekasihnya iaitu Jasmine, dengan berlatar belakangkan pohon Krismas dan tulisan jantina bayi perempuan.

The Rock sudah menjalinkan hubungan dengan Lauren Hashian sejak tahun 2007.

Pasangan ini dikurniakan anak pertama pada Disember 2015.

Terdahulu, aktor berusia 45 tahun ini pernah berkahwin dengan Dany Garcia dan dikurniakan seorang puteri, Simon Garcia.

Sumber: Metro.co.uk

#Hollywood #Hollywood #The Rock #Anak The Rock #The Rock Girlfriend