The Weeknd & Bella Hadid Bakal Berkahwin?

Asraf Aided
November 11, 2018 10:33 MYT
Supermodel terkenal Bella Hadid telah kembali bercinta dengan penyanyi popular Hollywood, The Weeknd.
Menurut sumber, rakan-rakan rapat penyanyi itu merasakan dia akan melamar Bella tidak lama lagi.
"The Weeknd berasa sangat gembira kerana kembali menjalinkan percintaan bersama Bella.
'Mereka kini tinggal bersama tetapi masih menyewa, namun sedang merancang untuk membeli sebuah rumah tidak lama lagi.
"Percakapan The Weeknd sering kedengaran seolah-olah memberi 'hint' yang dia akan mengahwini Bella dalam masa terdekat," kata sumber.
Dalam pada itu, rakan-rakan penyanyi itu juga yakin bahawa pasangan ini akan melangsungkan pertunangan mereka dalam kadar yang segera.
Sumber : hollywoodlife.com
#The Weeknd #Bella Hadid