Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

#TheGiftedGraduation : Nasib Korn Kini Dalam Bahaya, Episod Untuk Membalas Dendam Sudah Bermula!

Shahrin Zulkifle
30/07/2022 11:00 MYT
Sistem pendidikan sekolah yang tidak adil? Agenda jahat guru akademik? Sekumpulan pelajar Gifted pula muncul? Apa sebenarnya yang berlaku?

Episod lalu telah menyaksikan hampir semua pelajar Gifted sakit kerana virus NYX-88. Pihak sekolah menyeru semua penghuninya untuk mencari dalang di sebalik kejadian dengan segera.

Ini kerana pihak sekolah mengesyaki berkemungkinan ada musuh dalam selimut yang cuba mengkhianati sesama sendiri.

Memasuki episod kelima, Korn telah bersembunyi dan melarikan diri selepas dia mencederakan rakannya, Punn.

Korn turut membius beberapa pelajar lain kerana mereka berusaha mendedahkan pengkhiatan dan kerja kotor yang selama ini dilakukan Korn.

Sementara itu, Punn telah memasang niat dan merancang beberapa usaha untuk membalas dendam ke atas perbuatan Korn.

Adakah niat Punn berjaya untuk membela nasibnya? Saksikan episod enam The Gifted Graduation malam ini.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

The Gifted Graduation yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Citra pada setiap Sabtu jam 9.00 malam. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.

#Drama #Astro Shaw #Astro Citra #The Gifted Graduation #Drama Fantasi Thailand #The Gifted
;