Sistem pendidikan sekolah yang tidak adil? Agenda jahat guru akademik? Sekumpulan pelajar Gifted pula muncul? Apa yang sebenarnya berlaku?

Drama bersiri fantasi Thailand kini bersiaran di kaca televisyen anda menerusi saluran Astro Citra.

Episod lalu telah menyaksikan Time telah masuk di dalam kelas Gifted. Potensi Time telah diaktifkan dengan menggunakan suatu alat rakaman yang menyakitkan meskipun memerlukan masa untuk mengaktifkan potensinya itu.

Memasuki episod ketiga pula, Gifted dan Time merancang untuk menggagalkan peperiksaan tempatan.

Namun rancangan mereka untuk menggagalkan peperiksaan penempatan telah mendapat ancaman dari beberapa pihak.

Untuk menjayakan rancangan tersebut, Gifted memujuk Time untuk membantunya memulihkan taktik mereka tetapi kesetiaan Time diragui.

Gifted seakan merasai Time menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya.

Adakah Gited mampu menyakinkan dirinya untuk bekerjasama dengan Time? Saksikan The Gifted Graduation yang dibintangi oleh Gun Atthapan, Nanon Korapat, Chinmonac, Fiat Pattadon dan ramai lagi.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Saksikan The Gifted Graduation yang sedang ditayangkan di saluran Astro Citra pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam . Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.