Sistem pendidikan sekolah yang tidak adil? Agenda jahat guru akademik? Sekumpulan pelajar Gifted pula muncul? Apa yang sebenarnya berlaku?

Drama bersiri fantasi Thailand kini bersiaran di kaca televisyen anda menerusi saluran Astro Citra.

Episod lalu telah menyaksikan rancangan untuk menggagalkan peperiksaan penempatan telah diancam, Gifted memujuk Time untuk membantu memulihkan taktik mereka tetapi kesetiaan Time diragui.

Memasuki episod keempat, Third, Grace & Time telah diterima untuk memasuki ke dalam kelas Gifted yang baharu. Suasana di kelas seakan berubah dengan beberapa muka baru yang diterima masuk.

Sementara itu, Darin telah berasa hairan dan mengesyaki kumpulan Pang adalah dalang sebenar disebalik kehilangan NYX-88. Masalah baru mula timbul dan keadaan di sekolah menjadi kecoh.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Saksikan The Gifted Graduation yang sedang ditayangkan di saluran Astro Citra pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.