Sistem pendidikan sekolah yang tidak adil? Agenda jahat guru akademik? Sekumpulan pelajar Gifted pula muncul? Apa yang sebenarnya berlaku?

Drama bersiri fantasi Thailand, The Gifted Graduation kini bersiaran di kaca televisyen anda menerusi saluran Astro Citra (108).

Episod lalu menyaksikan Pang dan Wave telah berjaya menggagalkan sidang akhbar yang dilangsungkan oleh Menteri Pitchet.

Dalam pada itu, Supot telah mengarahkan Pang dan Wave untuk mengambil alih NYX-88 kerana jika rahsia keberadaan virus itu bocor sesuatu hal buruk bakal terjadi yang mungkin mengubah dunia selama-lamanya.

Memasuki episod sepuluh, Supot telah berjaya mengawal kementerian selepas kejadian di sidang akhbar tersebut.

Sementara itu, Pang telah mengetahui segala kebenaran sebenar yang terjadi pada masa lalu di mana sebenarnya Supot sudah membuat perjanjian dengan kementerian.

Sebelum perjanjian dilakukan, Kolonel Pitchet telah membatalkan ancamannya terhadap Supot kerana ketika itu dia dilihat sebagai orang yang paling layak membantu kementerian.

Pada mulanya Supot enggan menerima tawaran Kolonel Pitchet, namun dia telah didera dan diseksa oleh anak buah Kolonel Pitchet kerana menolak tawaran tersebut.

Dalam pada itu, Yuth telah mendedahkan bahawa dia sejak awal lagi sudah berniat memanfaatkan Supot di mana dia sebenarnya ingin mendaptkan tempat dalam kementerian.

Yuth turut memberitahu bahawa selama ini Supot tidak mempunyai potensi sama sekali, malah Yuth mendedahkan yang sebenarnya Supot adalah dia dan juga sebaliknya.

Adakah selepas mengetahui hal sebenar, Yuth dan Supot akan bekerjasama lagi? Saksikan episod sepuluh malam ini.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Saksikan The Gifted Graduation yang sedang ditayangkan di saluran Astro Citra pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.