Sistem pendidikan sekolah yang tidak adil? Agenda jahat guru akademik? Sekumpulan pelajar Gifted pula muncul? Apa yang sebenarnya berlaku?

Drama bersiri fantasi Thailand, The Gifted Graduation kini bersiaran di kaca televisyen anda menerusi saluran Astro Citra (108).

Episod lalu menyaksikan Pang telah bertemu Supot. Supot menceritakan hal sebenar kepada Pang tentang permulaan program Gifted dan peranan kementerian di dalam program tersebut.

Dalam pada itu, Supot turut mendedahkan kepada Pang tujuan dirinya dan Time dimasukkan ke Gifted adalah salah satu stratergi untuk membongkar kerja kotor Miss Darin.

Supot turut memaklumkan kepada Pang bahawa maklumat berkaitan NYX 88 yang sebelum ini diserahkan kepada pihak kementerian adalah maklumat palsu yang dibuat-buat.

Memasuki episode sembilan, Miss Darin telah mengumpulkan para pelajar untuk membincangkan tentang video rakaman potensi mereka yang tersebar.

Sementara itu, Wave yang merasa hairan tentang video yang tersebar itu merasakan dalangnya adalah daripada kalangan mereka yang berada di kementerian.

Dalam pada itu, satu sidang akhbar telah dijadualkan berlangsung yang akan dihadiri oleh Menteri Pitchet.

Namun sebelum sidang akhbar itu bermula, Supot telah mengarahkan Pang dan Wave untuk mengambil alih NYX-88 kerana jika rahsia keberadaan virus itu bocor sesuatu hal buruk bakal terjadi yang mungkin mengubah dunia selama-lamanya.

Supot juga telah mendapat sokongan daripada juniornya Third, Grace and Time. Namun adakah Menteri Pitchet dan Miss Darin bakal mendapat tahu rahsia yang disimpan pelajar Gifted? Saksikan episode sembilan malam ini.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Saksikan The Gifted Graduation yang sedang ditayangkan di saluran Astro Citra pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.