Drama The Maid sudah bakal episod ketujuh malam ini, tetapi sehingga kini pembunuh Elissa yang dilakonkan oleh Mira Filzah masih lagi belum ditemui.

Meskipun masih meninggalkan tanda tanya, namun Fika dan Citra sudah mula syak Nadia iaitu isteri kedua Jay yang membunuhnya. Mereka sudah berpakat mengaturkan sesuatu.

Apa yang pasti, espisod tujuh kali ini akan membawa penonton lebih debaran dan diselitkan dengan aksi lucu Suhana yang dilakonkan oleh Sherry Alhadad serta Eida Moin sebagai Kak Mel.

Apakah lagi yang berlaku dalam The Maid kali ini? Apakah perancangan yang diatur Fika dan Citra? Jangan lupa saksikan episode 6 drama tersebut pada jam 9.30 malam ini di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).

Jika anda terlepas untuk menonton epsiod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian The Maid.

The Maid menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Zarina Zainoordin, Ieda Moin, Nadya Shahera, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand