gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kemalangan Bas UPSI: “Pelajar Terlibat Nahas Syahid Akhirat” - Timbalan Mufti Perak
HIBURAN
Netizen Berang Individu ‘Complain’ Majlis Akikah Nabila Razali - “Cukup Baik Dah Dia Ajak”
HIBURAN
Verrell Bramasta Dicium & Dicakar Peminat Di Singapura, Terpaksa Sembunyi Dalam Tandas
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GAYA HIDUP

TheNoor & EZ Qurban Anjur Majlis Qurban Perdana, Lebih 700 Asnaf Terima Manfaat

gempak
Amri Hassan
09/06/2025
11:12 MYT
Sponsor Banner
TheNoor & EZ Qurban Anjur Majlis Qurban Perdana, Lebih 700 Asnaf Terima Manfaat
Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, TheNoor dengan kerjasama EZ Qurban telah menganjurkan Majlis Qurban Perdana yang berlangsung meriah di Jalan Pak Rashid, Pulau Nyatuh, Banting.
Program ini berjaya menyantuni lebih 700 penerima daripada kalangan asnaf yang hadir bagi menerima agihan daging korban.
TheNoor, sebuah aplikasi gaya hidup Muslim, terus komited dalam menawarkan perkhidmatan yang memudahkan urusan seharian pengguna.
Sempena musim ibadah korban, inisiatif khas telah dibawakan bagi memudahkan umat Islam menunaikan ibadah tersebut dengan cara yang telus, lancar dan diyakini sama ada dalam atau luar negara.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor, Hajah Noor Neelofa berkata TheNoor bukan hanya sebuah aplikasi mudah alih, tetapi satu platform yang menggabungkan keperluan spiritual, sosial dan kemanusiaan.

"Menerusi program korban ini, kami buktikan bahawa teknologi boleh menjadi jambatan untuk menyebarkan nilai-nilai Islam secara berimpak dan menyeluruh. Inilah bukti bahawa dakwah moden tidak hanya berlaku secara digital, tetapi juga harus menyentuh realiti kehidupan masyarakat," katanya.

Sokongan turut dizahirkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif EZ Qurban, Tuan Ahmad Fadzlullah.
"Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak TheNoor khususnya kepada Hajah Neelofa. Kami juga berharap ini bukanlah satu-satu program kerjasama EZ Qurban dan TheNoor. "Program yang dijalankan kali ini memberikan semangat dan motivasi khususnya kepada anak-anak yang kurang bernasib baik. Kehadiran kami mungkin tidak mampu mengubah apa yang telah berlaku cuma kami mengharapkan kehadiran kami dapat memberikan warna dalam hari-hari mereka. Korban dan Akikah tanpa sempadan," ujarnya.
Pengagihan daging korban telah dilaksanakan secara langsung di lokasi penyembelihan seawal pagi Hari Raya Aidiladha ketiga, melibatkan penyertaan aktif para sukarelawan dan pasukan pengurusan daripada kedua-dua organisasi.
Inisiatif ini sekali lagi membuktikan komitmen TheNoor dan EZ Qurban dalam memanfaatkan teknologi sebagai pemacu kebajikan serta pemerkasaan komuniti — dari aplikasi terus ke lapangan.
Topic Berkaitan
#Neelofa
#Aidiladha
#Asnaf
#TheNoor
#EZ Qurban
Must-Watch Video