Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

Thinaah Terima Ijazah Tesl, Diiktiraf Ikon Sukan OUM

Gempak
26/10/2024 11:55 MYT
Pemain beregu badminton wanita negara, M Thinaah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian atau BETESL daripada Open University Malaysia (OUM).


Terima anugerah khas universiti


OUM dalam hantaran di Facebook memaklumkan Thinaah bukan sahaja bergelar graduan, tetapi juga menerima Anugerah Khas Universiti: Ikon Sukan pada majlis konvokesyen universiti itu pada Sabtu.

Pada 28 Februari lepas, OUM telah memberikan Thinaah biasiswa yang merangkumi semester dari Januari 2023 hingga Mei 2024.

Thinaah yang memulakan pengajiannya di OUM pada Mei 2020, berkongsi mengenai minatnya yang mendalam terhadap bahasa Inggeris sejak kecil.

Ketika ini, Thinaah dan gandingannya, Pearly Tan menduduki ranking ketujuh dunia.

Sumber: Sinar Harian menerusi Bernama
#iKon #Sukan #Ijazah #OUM #Thinaah #Ikon Sukan #TESL
;