This Is Gold! Ernie Dedah Ku Bersuara Versi Syamel, Memang Ramai Tak Puas Dengar

Mya Amri
Februari 8, 2020 07:42 MYT
Penyanyi Ernie Zakri mendedahkan lagu Ku Bersuara nyanyianya dalam versi Syamel.
Ernie berkongsi video pendek yang merakamkan suara Syamel sewaktu menyampaikan draft pertama lagu tersebut kepadanya.
Menurut Ernie, sebaik sahaja mendengar lagu tersebut, dia tidak teragak-agak dan terus bersetuju untuk bekerja dengan Syamel.
Kata Ernie lagi, tujuannya berkongsi video tersebut adalah untuk mengimbas kembali kenangan sewaktu mula-mula menerima lagu tersebut.
“Ku Bersuara first draft, lain kan bunyinya? Syamel beri saya draft pertama dan saya terus mengatakan setuju!
“Kita dia mengambil keputusan untuk bekerja dengan tiga orang komposer yang luar biasa hebatnya, Mr. Omar, John dan Ikhwan.
“AJL34 adalah pada Ahad ini. Saja nak recall memori yang saya simpan/rekod untuk lagu ini,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Instagram Ernie meluahkan rasa tidak puas mendengar versi Syamel selain berterima kasih kepada penyanyi itu kerana berkongsi video berkenaan.
Terdahulu, Ernie merupakan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL34) dan bakal menyampaikan lagu Ku Bersuara.
Pentas akhir AJL34 bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.
#Penyanyi #Ernie Zakri #Penyanyi