Threads Terima 30 Juta Pengikut, Twitter Mahu Saman, Elon Musk: “Persaingan Okay Tapi Bukan Penipu”
Maliah Surip
07/07/2023 13:55 MYT
07/07/2023 13:55 MYT
Aplikasi baru yang diperkenalkan Meta, Threads menjadi satu fenomena baharu pengguna media sosial di dunia.
Threads yang dimiliki oleh Mark Zuckerberg setakat ini didakwa telah mempunyai lebih 30 juta pengikut hanya dalam tempoh 24 jam ia dilancarkan. Ia merupakan aplikasi dengan fungsi hampir sama seperti Twitter.
Meski menerima sambutan hangat dalam kalangan pengguna, aplikasi baharu ini tidak disenangi oleh CEO Twitter, Elon Musk sehingga menegaskan untuk mengambil tindakan saman terhadap Threads.
Twitter menyifatkan pesaingnya itu telah melanggarkan hak harta intelek, lapor The Guardians.
Mereka juga mendakwa Threads didirikan atas bantuan bekas pekerja di Twitter sehingga membocorkan kerahsiaan aplikasi tersebut.
Menerusi surat yang dihantar kepada Zuckerberg, Twitter antaranya memaksa Meta untuk menghentikan apa jenis carapun yang berkaitan dengan platform tersebut termasuk ‘cara rahsia’ yang dijalankan mereka selama ini.
Musk malah dilihat meninggalkan ‘sesuatu’ di bebenang Twitter pada Khamis lalu.
“Persaingan okay tetapi penipuan tidak,” cuitnya.