Threeotwo (302), Streetwear MK Dari Maksud Hukuman Gantung Sampai Mati!
Amri Hassan
01/05/2021 08:03 MYT
01/05/2021 08:03 MYT
Kreativiti tidak menghalang anak muda MK K-Clique untuk terus berkarya. Selain muzik, kini MK sudah memulakan rangkaian jenama pakaian streetwearnya sendiri.
Memilih nama threeotwo (302), nama itu kata MK diinspirasikan daripada kanun hukuman mati di Malaysia.
"Perkataan 'threeotwo' membawa maksud hukuman gantung sampai mati.
"Perkataan ini juga menjadi tanda dagang saya kerana sering sebutkan dalam lagu rap yang dihasilkan.
"Dalam rap, kiranya saya seperti seorag yang menjatuhkan hukum.
"Memandangkan perkataan ini sinonim dengan saya dan peminat yang sedia maklum, jadi saya menggunakannya sebagai jenama untuk bisnes pertama saya ini," kata MK.
Memilih gaya streetwear, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin mahu berkongsi citarasanya dalam fesyen harian kepada peminat.
"Kebanyakan peminat teruja dan tak sabar menanti sebaik saja mendapat tahu saya akan mengeluarkan pakaian jenama sendiri.
"Saya pilih perniagaan berbentuk fesyen kerana saya mahu berkongsi gaya dengan mereka.
"Jangan risau, harga ditawarkan mampu milik dan sesuai ntuk peminat saya yang terdiri daripada pelbagai golongan," tambahnya.
Harapan MK threeotwo menjadi jenama besar di peringkat lokal dan Asia sekali gus dapat bersaing dengan jenama besar lain antaranya Supreme.