Throwback Gambar Pasport Masa Umur 16 Tahun, Peminat Puji Farahdhiya Macam Scarlett Johansson

Amri Hassan
Ogos 27, 2018 08:03 MYT
Bintang Gegar Vaganza 2, Farahdhiya menarik perhatian netizen apabila memuat naik sekeping fotonya ketika berusia 16 tahun.
Foto throwback daripada gambar pasportnya memaparkan penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu dengan gaya potongan rambut pendek.
"Terjumpa gambar passport lama masa umur 16 tahun.
"Rambut pendek makes me look more like my mother.
"Bila tengok balik gambar ni tak tahu nak gelak atau nangis, stailo lah konon masa tu," tulisnya.
Farahdhiya turut mencabar peminat untuk memuat naik gambar throwback ketika berusia 16 tahun.
"Rupa awak pula macam mana masa usia 16 tahun? Meh nak tengok sikit," tambahnya.
Kecantikan dan paras muka ketika zaman remaja Farahdhiya itu mendapat pujian daripada netizen hingga ada yang menyamakannya dengan aktres Hollywood, Scarlett Johansson.
Ada juga yang memuji kecantikan Farahdhiya persis bintang terkenal Mariah Carey dan Michael Jackson.
#Viral #Farahdhiya #Viral #Throwback #GV2