Throwback Iklan Syampu ‘Legend’, Ramai Tanya Datin Shahida; “Mana Dia Sekarang, Mesti Makin…”
26/03/2022 01:00 MYT
Video iklan syampu yang memaparkan isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kembali tular.
Video berkenaan menjadi perhatian ramai apabila ia dimuat naik di posting Instagram Shahida, sejak semalam.
Menurut Shahida, ramai yang bertanya berapakah umurnya ketika menjadi model iklan tersebut.
“Korang pernah tengok tak? Masa ni umur saya 20 tahun, tengah baru nak up,” katanya.
Biarpun video berkenaan memfokuskan kepada Shahida, namun rata-rata komen turut ditujukan kepada model lelaki yang bergandingan dengannya.
Kebanyakan mereka mahukan model lelaki berkenaan memunculkan diri untuk melihat keadaannya ketika ini.
Tidak kurang juga yang mahukan Shahida dan model yang dikenali sebagai Adam Radlan itu bergabung untuk membuat ‘remake’ iklan berkenaan.
“Macam manalah model lelaki tu sekarang kan”.
“Please revealed model lelaki tu versi sekarang”.
“Saya nak tahu siapa model lelaki tu, buatlah remake sikit,” tulis beberapa netizen.
Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.
Untuk rekod, menerusi iklan yang disiarkan pada tahun 2006 itu, Shahida memegang watak sebagai pelajar kolej yang meraih keyakinan untuk rapat dengan seorang pelajar lelaki setelah menggunakan syampu yang khusus untuk wanita bertudung.