Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Throwback Sekolah Part 2 : Sorok Telefon Bila ‘Spot Check’, Study Group Masa SPM &...

Hanafis Haris
10/02/2021 11:04 MYT

Jika sebelum ini Gempak mengimbau barangan ikonik ketika zaman sekolah, kini tiba masanya untuk melihat beberapa momen atau situasi dulu-dulu.

BACA : Throwback Sekolah Part 1 : Alien Workshop, Kotak Pensil VHS & Mitos Telefon Awam?

Mungkin ada pernah melalui perkara yang sama, namun mungkin juga agak berlainan.

Apa yang pasti anda mungkin akan tersenyum melihat momen ‘throwback’ ini.

#1 Perhimpunan Sekolah, Dengar Guru Besar Berucap, Haishhhh!


Masih ingat lagi momen ini? Hampir setiap pagi anda perlu berbaris dan berhimpun sebelum masuk ke kelas.

Setiap pagi doa akan dibacakan dan lagu negaraku berkumandang.

Paling menyeramkan apabila ada cikgu atau guru besar yang mahu membuat ucapan.

“Saya cuma nak ambil sedikit masa untuk berucap” kata guru besar.

Ucapan kemudiannya berlarutan hingga 30 minit.

#2 Kelas Seni & Sukan Paling Best! Feeling Leonardo da Vinci


(Gambar)

Untuk pelajar lelaki kelas sukan adalah paling ditunggu-tunggu.

Masing-masing bagaikan lepas geram beraksi di padang.

Namun, guru yang perlu masuk ke kelas berikutnya terpaksa menanggung derita dek bau pelajar selepas bersukan!

Satu lagi kelas yang cukup dinantikan adalah kelas seni.

Kelas ini boleh dikatakan agak santai untuk anda yang suka berkarya.

#3 Alasan Bila Homework Tak Siap – “Lupa Bawa Buku Cikgu”


(Gambar)

Ibarat menempah maut, ini yang ditakuti ramai pelajar.

Apabila kerja sekolah tidak siap, maka mula lah gemuruh terpaksa memikirkan alasan terbaik.

Akhirnya, alasan yang sering digunakan adalah terlupa bawa buku!

#4 Spot Check! Mana Nak Sorok Handphone?

(Gambar)

Dahulu, membawa telefon pintar adalah kesalahan besar!

Ketika syarikat telefon seperti Nokia, Motorola mahupun Alcatel mula meraih populariti, terdapat beberapa murid sekolah cuba menyeludup masuk gajet tersebut.

Namun, setiap kali adanya pemeriksaan atau ‘spot check’, maka habis semua menggelabah menyorok gajet berkenaan.

Penulis sendiri pernah memasukkan telefon Nokia 3310 di dalam kasut.

Maka berjalanlah seperti memakai kasut tumit tinggi ketika itu.

#5 Study Ramai-Ramai Di Perpustakaan! Siapa Paling Pandai Weh Nak SPM Ni!



Setiap kali menghampiri peperiksaan akhir tahun, pasti perpustakaan akan jadi tumpuan murid sekolah.

Paling ramai ketika Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)!

Ketika itu pasti murid yang pandai akan dikerumuni oleh rakan-rakan yang lain.

Murid cerdik pandai ini sajalah harapan untuk mereka yang kurang faham.

Masa itulah siapa yang pandai akan rasa hebat!



#Viral #sekolah #SPM #Pelajar #Murid
;