Tahukah anda 10 Oktober merupakan Hari Kesihatan Mental Sedunia? Ya, mungkin ada yang ketawa tapi masalah seperti depresi, tekanan, perubahan emosi dan rasa gelisah kini antara masalah kesihatan utama di dunia.

Jangan pandang ringan perkara ini, kerana depresi boleh membawa maut! Di luar negara, beberapa selebriti menamatkan riwayat mereka sendiri akibat depresi dan kemurungan.

Di Malaysia juga ada beberapa orang selebriti tempatan mengakui pernah mengalami depresi dan kemurungan.

Siapa mereka?

1. Ardell Aryana
Video tangan menggeletar ketika majlis sarung cincin di hari pernikahan dengan pelakon Nadzmi Adhwa pada September lalu mendedahkan Ardell Aryana mempunyai masalah kebimbangan melampau (anxiety) serta kemurungan yang teruk serta dalam rawatan.

2. Datin Diana Danielle
Datin Diana Danielle pernah berkongsi detik mencemaskan ketika diserang 'anxiety attack' yang lebih dikenali sebagai gangguan kebimbangan atau keresahan.

“‘Anxiety attack’ sangat real dan menyakitkan,” katanya.

3. Remy Ishak
Siapa sangka Remy Ishak mempunyai masalah depresi sehingga menyebabkan dia enggan keluar dari rumah.

Kata Remy keadaan tersebut merumitkan dan dia tidak tahu apa yang sedang berlaku pada dirinya.
Pada masa sama, Remy mengakui mengalami mood swing, rasa sedih melampau, berfikiran negatif, cepat marah dan tidak mahu keluar rumah kerana takut ‘naik angin’ dan fikiran bercelaru.

4. Elizabeth Tan
Dua tahun lalu Elizabeth Tan akui nyaris membunuh diri kerana mengalami tekanan jiwa.
Elizabeth atau mesra dengan panggilan Lizzy, berkata, tidak dapat berfikir panjang menyebabkan dia seperti hilang akal.

Bagaimanapun Lizzy bersyukur kerana tersedar dan tidak meneruskan niat untuk membunuh diri.

5. Iqram Al-Muhammadi Dinzly (Iqram Dinzly)
Sikap pelik yang ditonjol Iqram di media sosial pernah menarik perhatian Ketua Unit Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Fauziah Mohd Saad yang menyarakan pelakon itu menjalani pemeriksaan mental.

Dr. Fauziah berkata tekanan dialami Iqram mungkin disebabkan oleh kematian bapanya, namun perkara itu ditolak pelakon berbakat besar itu yang memberitahu depresinya berpunca daripada netizen.

6. Tasha Shilla
Pelakon cantik, Tasha Shilla mendedahkan dia mengalami masalah kemurungan ringan (mild depression) dan sedang manjalani rawatan.
Menurut pemilik nama penuh Natasha Sheila Abdul Razak ini, dia mula mendapatkan bantuan semenjak hujung tahun lalu.
Tasha mengakui pernah berasa putus semangat dan sangat ‘down’, sehinggakan ada yang menuduhnya gila!

7. Haqiem Rusli
Penyanyi BBNU, Haqiem Rusli pernah mengumumkan ingin berhenti menyanyi kerana mengalami masalah kemurungan.

Perkata tersebut menjadi bualan warga net sehingga ada yang mendakwa kemurungan ada gimik daripada Haqiem.

Bagaimanapun Haqiem telah menjalani pemeriksaan kesihatan bersama doktor pakar psikiatri dan disahkan mengalami kemurungan sederhana.

8. Fathia Latiff
Pelakon kontroversi ini pernah mendedahkan dirinya pernah mengalami kemurungan teruk kerana dikecam dan dicaci.
Sejak beberapa tahun lalu, Fathia Latiff tidak pernah sunyi daripada isu-isu mencalarkan imej dan mengaibkan dirinya.

Bagaimanapun, selepas dua tahun tidak aktif dalam industri seni, Fathia yang kerap dihina dan dicaci warga net, memohon agar dirinya diberikan ruang untuk bangkit perlahan-lahan dari tekanan.

9. Aina Abdul
Penyanyi BBNU ini mengakui pernah mengalami kemurungan kerana karier seninya tidak menyerlah selepas pertandingan Mentor Legend melabuhkan tirai lima tahun lalu.

Aina mengakui hilang keyakinan diri, berasa tertekan dan terlalu banyak berfikir sehingga menyebabkan kecelaruan.