Tahun 2019 menyaksikan ramai pasangan telah diijabkabulkan dengan cukup sempurna.

Ada yang diadakan secara terbuka, tidak kurang juga yang terhad kepada kenalan rapat saja.

Apapun tahniah diucapkan kepada semua pasangan ini! Gempak kumpulkan 10 pasangan yang bernikah sepanjang tahun ini.

#1 Nelydia Senrose

LOL masa ni masing-masing nervous so tak tahu patut salam dulu ke sarung cincin terus, nasib baik Nely pandai cover terus konon-konon pegang my mother in law padahal tangan yang dihulur belum disambut lagi hahahah. Mama and my mother in law cantik sangat-sangat kan?? @mhafezhalimi #myotherhafeznel #rawvideo

A post shared by @ nelydiasenrose on

Pelakon cantik, Nelydia Senrose, 24, telah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, selepas pasangan berkenaan dinikahkan pada 6 April lalu.

Pasangan mempelai itu dinikahkan bapa Nelydia, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid dalam satu majlis tertutup diadakan di sebuah hotel di ibu negara.

#2 Zamani



Dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Slam, Zamani sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Juliana Abdul Rani, 20 September lalu.

Menerusi sebuah kenyataan yang dihantar kepada Gempak, majlis pernikahan Zamani dilangsungkan di Ampang, Kuala Lumpur.

Difahamkan majlis serba sederhana tersebut dihadiri dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

#3 Sufi Rashid



Dengan sekali lafaz, penyanyi dan juara Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid, 28, selamat bergelar suami kepada Nurulain pada 21 September lalu.

Majlis yang bertempat di Pulse Grande Hotel Putrajaya itu menyaksikan dulang hantaran sembilan berbalas tujuh serta cek hantaran perkahwinan berjumlah RM20,000.00 serta mas kawin sebanyak SGD300.00 dan juga sebentuk cincin.

Terdahulu, Sufie telah mengikat tali pertunangan dengan pengasas produk makanan Krispy Krunchee, Nurulain Md Yusof pada 15 December 2018.


#4 Nadia Brian


Pelakon, Nadia Brian sah bergelar isteri kepada Muizz Nasruddin pada 9 November dengan sekali lafaz.

Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh, selain menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan wang hantaran RM50,000.

#5 Farah Nabilah

Live Update Mehndi Night of Amirul Yunus & Farah Nabilah . Wedding decorator: @rekateemor #rekateemor Venue: @neoeventhall Photographer: @autumnstoryofficial #autumnstory Videographer: @autumnstoryofficial #autumnstory Bride & Groom Attire: @rizmanruzaini Bride’s Makeup: @syedewa Bride’s Hairstylist: @yusofruzaimi Bride’s Henna: @sheemahenna . #fawaaxamirul

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on


Selepas bercinta selama tujuh tahun, pelakon, Farah Nabilah, dan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, sah disatukan sebagai suami isteri pada 20 Disember lalu.

Pada majlis yang berlangsung di Royale Chulan Damansara, di sini, Farah, 27, menerima mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran bernilai RM77,777.77.

#6 Farah Hazel



Tarikh yang sama dengan Farah Nabilah, penyanyi Fara Hazel selamat melangsungkan pernikahan dengan suaminya Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Terengganu.

Majlis akad nikah itu telah diadakan di Sireh Junjung Banquet Hall, The Strand Mall, Petaling Jaya dan telah dihadiri keluarga dan rakan rapatnya.

Kamal menyerahkan mas kahwin sebanyak RM400 kepada Fara disertai sembilan dulang hantaran berbalas 11 dari pihak perempuan.

Wang hantaran yang diberikan pula adalah sebanyak RM20,000.

#7 Datuk Seri Eizlan Yusof 'Wedding of the Year 2019'



Pelakon terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Natasha Rosa Boudville, 29, dengan sekali lafaz pada 12 Disember lalu.

Dianggap sebagai 'Wedding of the Year 2019' kerana berlangsung selama empat hari berturut-turut yang menelan kos lebih RM 1 juta!

Ketika engkau mencintaiku, maka cintailah aku apa adanya, jangan engkau harapkan kesempurnaan dariku, karena kesempurnaan adalah ketika engkau mencintaiku tanpa syarat. ❤ @sashaboudville #EizlaNatasha

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on


Natasha menerima mas kahwin RM80 dan sebentuk cincin berlian, selain wang hantaran berjumlah RM12,121.90.

Gadis berketurunan Serani yang memeluk Islam pada Ogos tahun lalu itu, turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang daripada pihak lelaki.

#8 Ain Edruce

? : @the.affiliates Happy nya die.. die x tau ke lepas ni dia dah kena gari. ? ? @magicaatsubang @wanpaofficial @luxnfabproduction @sidahcatering.signature @anfentertaiment89 @arkadiusgift @aniesbakehouse @amani_sejadah_premium #ainxxamirul

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

Dengan sekali lafaz, pengacara dan pelakon, Ain Edruce, 27, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 26, pada 13 Disember.

Majlis akad nikah pasangan itu berlangsung Quill City Mall, Kuala Lumpur yang dihadiri keluarga terdekat.

Ain menerima mas kahwin RM888, selain tiga dulang hantaran berbalas lima.

Jumlah wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan keluarga.

#9 Fitri Haris

Live Update Majlis Perkahwinan Fitri & Fazilah Photographer & Videographer ( Live Update ) : @teddyroxfilm Bride’s Dress : @jakel_shahalam Bride’s Makeup : @Mimiexsan Bride’s Hairstylist : @norezzidris Bride’s Henna : @inaiferemfuan Pelamin : @dlaila_bridal_house Hand Bouquet : @bungetangan Doorgift : @auralab_hq

A post shared by Dr. Fitri Haris (Ph.D) (@fitriharisofficial) on

Juara program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2), Fitri Haris, 35, mengumumkan dia sudah menamatkan zaman duda dengan pengurusnya sendiri iaitu Fazilah Omar, 32, sekitar Disember.

Menurut Fitri pernikahannya hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta dibuat secara tertutup.

Difahamkan, ia merupakan perkahwinan Fitri yang keempat.

#10 Issey


Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, sah menjadi suami kepada pengurus sumber manusia, Noor Aimi Mohamed Jamil, 32, dengan sekali lafaz di Calamaya Garden, di Kota Bharu, 22 Disember lalu.

Pasangan itu dinikahkan Imam Masjid Mukim Kampung Pauh Panji, Tengku Mahmood Tengku Ibrahim.

Majlis pernikahan yang bertemakan ‘English Garden’ dihadiri lebih 500 terdiri daripada ahli keluarga, kenalan dan rakan selebriti.