Hiburan

#ThrowbackGempak2019 : Ini Senarai 10 Filem Melayu Tempatan Dengan Kutipan Rendah

Kamaruddin Razal
25/12/2019
12:32 MYT
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya meninggalkan pelbagai kenangan manis dan pahit.
Tahun ini menyaksikan kemeriahan industri perfileman tempatan yang mencuri perhatian ramai pihak.
Kebangkitan filem bercorak animasi tempatan yang meraih pencapaian hebat dari segi kutipan sudah tentu membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia.
Namun begitu, ada juga filem yang kurang bernasib baik dan tidak mendapat sambutan seperti filem-filem pecah panggung yang lain.
Gempak senaraikan 10 filem Melayu tempatan yang kurant mendapat sambutan dan meraih kutipan rendah sepanjang tahun 2019:
1. Bella & Jamie Tarikh tayangan: 31 Januari 2019 Pengarah: Ghaz Abu Bakar & Fairul Nizam Ablah
Filem yang dibintangi oleh Liyana Jasmay, Juliana Evans, Izzue Islam, Khir Rahman dan ramai lagi ini hanya meraih RM9,186.50 sahaja selepas beberapa hari ditayangkan di pawagam.
2. 7 Hari Kisah Cinta Langkawi Tarikh tayangan: 31 Oktober 2019 Pengarah: Dr Anwardi Jamil
Memaparkan keindahan Pulau Langkawi, Kedah, filem yang membariskan lakonan Josiah Hogan, Peter Davis, Mark Adam dan Chi Azim ini kurang menarik minat penonton dah hanya meraih kutipan sebanyak RM11,967.
3. Bu, Kasih Suci Tarikh tayangan: 11 April 2019 Pengarah: Jeany Amir
Walaupun filem pertama arahan pengarah wanita muda ini membariskan nama-nama hebat seperti Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Dian P Ramlee, Nadia Brian dan ramai lagi, ia hanya meraih kutipan sebanyak RM21,754.
4. Kolong Tarikh tayangan: 17 Oktober 2019 Pengarah: Zulkifli Abu Kassim
Filem yang memaparkan lakonan Wan Raja, Luthya Sury Widjaja dan Annie Arifin ini tidak berjaya menarik minat peminat filem tempatan dan hanya mendapat kutipan sebanyak RM26,680.
5. MOX Tarikh tayangan: 21 November 2019 Pengarah: Datuk Zulkeflie M. Osman
Filem MOX ini mempertaruhkan nama pelakon seperti Ebi Kornelis, Tya Arifin dan ramai lagi. Ternyata pelakon hebat tidak berjaya menarik tontonan peminat kerana filem ini hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM28,148.
6. Warkah Tarikh tayangan: 15 Ogos 2019 Pengarah: Opie Zami
Filem yang mengangkat tema kekeluargaan ini menampilkan lakonan Namron, Syazwan Zulkifli, Isyariana dan ramai lagi, tetapi ia tidak berjaya meraih status pecah panggung dan hanya meraih kutipan sebanyak RM29,700.
7. Kron Tarikh tayangan: 22 Ogos 2019 Pengarah: Opie Zami
Selain Warkah, filem Kron yang menampilkan lakonan Zahiril Adzim dan Dayana Roza ini juga mendapat sentuhan pengarah sama iaitu Opie Zami tetapi malangnya ia turut tidak berjaya mencuri perhatian orang ramai dan hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM31,530.60.
8. KL Vampires Tarikh tayangan: 14 November 2019 Pengarah: Daven Raghavan
Nama hebat seperti Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim dan ramai lagi merupakan teraju filem ini tetapi ia kurang menyengat di pawagam dan hanya berjaya meraih RM35,448.
9. XX Ray 3 Tarikh tayangan: 24 Januari 2019 Pengarah: Aziz M Osman
Filem kesinambungan ini turut 'sepi' di panggung wayang dan walaupun ia membariskan nama pelakon popular seperti Izzue Islam, Ardell Aryana, Nonny Nadhirah dan banyak lagi, ia hanya berjaya meraih RM56,932 sahaja.
10. Felina Tarikh tayangan: 17 Januari 2019 Pengarah: Sandosh Kesavan
Filem arahan sutradara Sandosh Kesavan mempertaruhkan lakonan Raja Ilya, Zaidi Omar dan ramai lagi ini hanya meraih kutipan sebanyak RM60,887.50 sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

#ThrowbackGempak2019: Tragedi, Bencana Alam, Sukan, Hiburan... Ini Perkara Terhangat Sepanjang Dekad Pilihan Gempak!

gempak
31/12/2019
07:31 MYT
Hiburan

#ThrowbackGempak2019: Belasungkawa - Antara Bintang Seni Yang Pergi Takkan Kembali Lagi

gempak
31/12/2019
01:07 MYT
berita

#ThrowbackGempak2019: Sisi Gelap K-Pop! Ini Kontroversi & Cerita Paling Hangat

gempak
30/12/2019
11:33 MYT
Nusantara

#ThrowbackGempak2019; BTS VS Blackpink, Dua Grup Korea Selatan yang Menakluk Dunia di 2019

gempak
29/12/2019
12:31 MYT
berita

#ThrowbackGempak2019: Lima Artis Korea Meninggal Dunia, Depresi & Cyber Buli Antara Penyebabnya

gempak
29/12/2019
12:17 MYT