Hiburan
#ThrowbackGempak2019: Tragedi, Bencana Alam, Sukan, Hiburan... Ini Perkara Terhangat Sepanjang Dekad Pilihan Gempak!
Tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2020 dan membuka lembaran baru dalam kehidupan.
1 Januari bukan sahaja menjadi permulaan tahun baru, malah akan menjadi pembuka dekad baru untuk kita semua.
Sempena dengan sambutan tahun serta dekad baru ini, jom semak senarai perkara menarik sepanjang dekad yang terjadi di Malaysia yang menjadi pilihan Gempak!
Tragedi
Krisis pencerobohan Lahad Datu yang berlaku pada tahun 2013 merupakan insiden diplomatik yang berlaku di antara dua negara iaitu Malaysia dan Filipina. Kira-kira 235 pengganas Sulu yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kampung Tanduo, Daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013.
Pada awal pagi 8 Mac 2014, sebuah penerbangan rutin harian, pesawat Malaysia Airlines MH370, dari Kuala Lumpur ke Beijing, dilaporkan hilang bersama semua penumpang dan anak kapal.
Tragedi MH 17 yang berlaku pada tanggal 17 Julai 2014 pula melibatkan pesawat Malaysian Airlines terbabit meletup di udara ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine.
Seluruh negara bersedih kerana insiden yang berlaku pada 14 September 2017 itu mengorbankan 21 pelajar tahfiz serta dua tenaga pengajarnya dan ia dipercayai akibat perbuatan khianat tersebut.
Pastinya peristiwa yang terjadi kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang maut pada 1 Jun 2017 dipercayai akibat didera oleh rakan universiti mengejutkan orang ramai.
Seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018 selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.
Bencana Alam
Kejadian banjir dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 November 2014 mengakibatkan lima kematian. Lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet.
Hujan lebat berterusan selama beberapa hari pada pertengahan Disember 2014 menenggelamkan banyak kawasan di Semenanjung Malaysia, terutama di pantai timur. Tragedi ini merupakan banjir paling buruk yang melanda tanah air dalam tempoh empat dekad.
Tarikh 5 Jun 2015 tidak dapat dilupakan oleh ramai orang susulan kejadian gempa bumi berukuran 6.0 magnitud yang terjadi di Ranau, Sabah dan insiden terbabit mengorbankan 18 nyawa.
Kejadian yang berlaku pada September lalu begitu membimbangkan sehingga Malaysia berada di kedudukan teratas dalam senarai negara dengan pencemaran udara tertinggi dunia berdasarkan cerapan indeks pencemaran udara (IPU) oleh World Air Quality Index (WAQI) pada 19 September dengan mencatat bacaan IPU 266.
Sukan
Temasya sukan terbesar dunia yang berlangsung di Rio itu menyaksikan kontinjen negara meraih empat pingat perak dan satu gangsa. Pencapaian tersebut adalah pencapaian terbaik sepanjang penyertaan kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik sejak kali pertama pada 1956.
Menjadi tuan rumah bagi kejohanan terbabit, gelaran juara keseluruhan temasya Sukan SEA edisi ke-29 turut menjadi milik Malaysia dengan pencapaian gemilang 145 emas.
Selepas 19 tahun penganjurannya di Malaysia, kehangatan persaingan perlumbaan kereta berprestij, Formula Satu (F1) di Litar Sepang melabuhkan tirai pada 1 Oktober 2017.
Pada 13 Jun 2019, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sah mengumuman pesaraannya selepas 19 tahun dalam arena sukan. Keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada doktor akibat masalah kanser hidung yang dihadapinya pada 2018.
Jaguh sukan skuasy tempatan yang melakar nama di persada dunia, Datuk Nicole Ann David mengumumkan persaraannya pada Jun 2019. Nicol memegang rekod pemain paling lama yang menghuni ranking nombor satu dunia iaitu selama sembilan tahun,
Hiburan
Selepas 11 tahun menanti, mustika hati rakyat Malaysia ini selamat melahirkan anak sulungnya, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.
Kejayaan filem Munafik 2 yang meraih kutipan sebanyak RM42 juta menjadi pencapaian terbaik buat industri perfileman tempatan. Untuk tayangan di Malaysia, filem terbitan Skop Productions ini berjaya meraih lebih RM37 juta serta mengumpul kutipan hampir RM4 juta untuk tayangan di Singapura dan Brunei sebanyak RM1 juta.
Tahun 2019 menyaksikan kebangkitan karya animasi yang dihasilkan oleh anak tempatan. Mengikut laman web Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal berjaya meraih lebih RM26 juta, Boboiboy Movie 2 meraih kutipan hampir RM30 juta serta filem Ejen Ali meraih kutipan RM28.5 juta dan ia masih lagi hangat ditayangkan di pawagam!
Aliff Aziz
Gempak boleh katakan penyanyi kelahiran Singapura yang mencari rezeki di Malaysia ini sebagai artis paling banyak terpalit kontroversi sepanjang sedekad.
Aliff pernah terpalit dengan isu putus cinta dengan Anne Ngasri (2013), terkena tempias kontroversi curi telefon bimbit (2014), didakwa curang dengan Afifah Nasir (2017), didakwa curang sekali lagi dengan Oktovia Manrose (2019), bercerai dengan Bella Astillah (2019) dan banyak lagi kontroversi lain.
Rujukan & Sumber: Astro Awani, Gempak, FINAS
Must-Watch Video