Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Tiada Ada Apa-Apa, Saya Hanya Diuji" - Mahalini Tak Marah, Bukan Pertama Kali Dituduh Curang

Asyraf Roslan
21/09/2024 10:25 MYT
Nama penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini menjadi bualan hangat netizen apabila dia dikhabarkan terpalit dengan isu curang terhadap suaminya, Rizky Febian.

Tidak melatah dengan situasi berkenaan, penyanyi berusia 24 tahun itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut menerusi satu sesi siaran langsung di media sosialnya.

Mahalini berkata dia menganggap spekulasi yang berlaku itu sebagai ujian buat dirinya.
“Tiada apa-apa, aku hanya diuji sahaja,” katanya.

Malah Mahalini berharap dengan fitnah yang dilemparkan terhadapnya itu menjadi satu pintu rezeki dirinya dan Rizky.


“Semoga dengan adanya orang jahat yang banyak buat fitnah ini menjadi rezeki buat saya sama Iky, ya Allah, Amin,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mahalini juga memberitahu ini bukan kali pertama dia dituduh curang dan percaya mereka yang mengenalinya serta peminat tahu dirinya bagaimana.

Terdahulu, Mahalini pernah dituduh berlaku curang bersama pemain keyboard dari band yang selalu mengiringinya.

Tuduhan itu dibuat oleh sebuah akaun TikTok yang dikenali sebagai @Hazwa

#Rizky Febian #Curang #Ujian #Mahalini