"Tiada Alasan Untuk Kekal Aktif ..." - Nourul Depp Kongsi Tips Ke Gimnasium Semasa Hamil

Zulaikha Yusof
Januari 17, 2019 05:28 MYT
Penyanyi Nourul Depp mendedahkan dia kembali aktif ke pusat gimnasium walaupun sedang sarat hamil anak keempat.
Menurut Nourul, jika selalu aktif melakukan aktiviti ketika mengandung akan memudahkan proses bersalin di kemudian hari.
Namun begitu, Nourul mengingatkan supaya mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti sukan semasa mengandung.
Nourul menekankan supaya memastikan tiada penyakit tekanan darah tinggi atau rendah serta diabetes semasa hamil.
Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, hari ini.
"Morning. Hari ni start gym pelan-pelan. Tak boleh la kalau tak aktif masa pregnant ni.
"Nak bersalin senang, buat exercise (yang dibenarkan), buat streching, yoga ke (mana @dapheiking ni) atau jalan banyak-banyak.
"Pi taman jalan keliling taman. Masa mengandung kat #zacharydepp i was so active. Memang senang bersalin..
"Dapatkan nasihat doktor dulu sebelum mulakan apa apa aktiviti sukan semasa mengandung.
"Pastikan tiada tekanan darah tinggi atau tekanan rendah serta tiada pregnancy diabetes. Ini penting.
"Tiada alasan untuk kekal aktif. Lagi-lagi kepada yang belum mengandung," tulisnya.
Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp yang merupakan seorang lelaki warganegara Perancis pada 6 Jun 2012.
Mereka turut dikurniakan dua orang anak lagi iaitu Zachary Depp dan Raphael Deep.
Untuk perkahwinan sebelum ini, Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Ajai pada 25 Disember 1996 sebelum berpisah pada 28 Februari 2007.
#Nourul Depp