Laman Utama

“Tiada Album Pun Boleh Buat Showcase” - Ara Johari

Izwan Isa
22/09/2022
09:50 MYT
Penyanyi Ara Johari melahirkan rasa syukur dan lega apabila persembahan mini A Night With Ara Johari yang diadakan di Nero Event Space, PJ Performing Arts Centre (PJPAC), 1 Utama pada 21 September lalu berlangsung dengan meriah dan jayanya.
Ara yang ditemui usai persembahan berkata, sudah menjadi impian sedari bergelar penyanyi untuk mengadakan ‘konsert mini’ untuk menghiburkan para peminat.
“Peluang untuk mengadakan persembahan sebegini merupakan impian saya sejak mula bergelar artis. Macam mimpi rasanya apabila dapat mengumpulkan kesemua peminat yang menjadi tulang belakang saya selama ini.
“Dan ternyata, malam ini merupakan masa yang sangat sesuai untuk menghiburkan mereka semua yang tidak putus-putus menyokong kerjaya saya dari mula,” katanya kepada Gempak.
Tambah Ara, idea untuk mengadakan persembahan mini mula tercetus sebelum dunia diserang pandemik COVID-19 sekitar dua tahun lalu.
“Idea di sebalik projek ini sebenarnya sudah pun tercetus sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lagi, ketika itu kami bercadang untuk mengadakan konsert saya yang pertama dalam skala kecil tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia,” katanya.
Sejak bergelar penyanyi sekitar enam tahun lalu, Ara hanya meluncurkan single untuk portfolio muziknya. Ditanya adakah hanya dengan memiliki single seseorang artis itu mampu untuk mengadakan persembahan sepertinya, Ara menjawab: “Sudah tentu.
“Tidak mempunyai album tidak semestinya seseorang penyanyi tidak boleh mengadakan konsert. Dan saya pun ada juga menyanyikan lagu penyanyi lain dan ia sedikit sebanyak memberikan warna berbeza dalam persembahan,” katanya lagi.
Antara lagu-lagu yang dipersembahkan oleh Ara termasuklah Paku, Sudah (belum diterbitkan), Tetap Aku Cinta, I'll Never Love Again (nyanyian asal Lady Gaga), Keliru (menampilkan Lil J), Baby (nyanyian asal Justin Bieber), Warkah Untukku, Terlarang (lagu baharu), Sumpahan Salju dan Bunga.
Untuk rekod, Ara merupakan pemenang tempat keempat program realiti popular, Akademi Fantasia 2016 dan finalis bagi program The Masked Singer Malaysia Musim Ke-2.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ara Johari Pelik Kenapa Ramai Dakwa Dirinya Semakin Kurus

gempak
24/05/2024
01:55 MYT
Penyanyi Ara Johari mengakui teguran terhadap badannya yang dikatakan kelihatan semakin kurus sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya.
Hiburan

Delulu Bukan Lagu Ara Johari Sindir Sesiapa! - "Ia Bawa Mesej Ringan, Sekadar Hiburan"

gempak
10/05/2024
09:55 MYT
Ara tampil dengan lagu baharu.
Hiburan

Ara Johari ‘Rebranding’ Genre Muzik, Single Baharu 100% Berbeza Daripada Karya Sebelumnya

gempak
12/04/2024
12:55 MYT
Penyanyi Ara Johari bakal mempersembahkan sisi yang berbeza sebagai seorang penyanyi menerusi single baharu yang bakal dilancarkan kelak.
Terkini

Ara Johari Jawab Isu Pakai Tudung Di Bulan Ramadan Untuk Hormati Majlis - “Doakan Yang Baik-Baik”

gempak
02/04/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ara Johari mengharapkan doa yang baik daripada orang ramai berhubung dirinya yang memilih untuk mengenakan tudung untuk menghadiri sesetengah acara sempena bulan Ramadan.
Hiburan

Hormati Bulan Ramadan, Ara Johari Manis Bertudung - “Niat Itu Ada, Mohon Doakan Yang Baik-Baik”

gempak
19/03/2024
02:55 MYT
Doakan Ara yang baik baik ya.