,
Hiburan

"Tiada Bayi Patut Minum Susu Pekat Manis" - Zarina Anjoulie Nekad Bantu Golongan Susah, RM60,000 Sudah Dibelanjakan Untuk...

Hanafis Haris
17/04/2020
10:00 MYT
Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah meminta orang ramai supaya membantu golongan susah khususnya kanak-kanak dan bayi yang masih kecil.
Menurut Zarina, sepanjang aktiviti bantuan barangan harian dijalankan, antara yang menjadi permintaan ramai adalah susu bayi.
"Kalau ada duit lebih tu minta tolong sangat bantu mereka yang susah terutamanya bayi. Sebab selalu yang saya jumpa semunya bertanya ada bantuan susu tak? Dapat susu pun mereka dah bersyukur.
"Tolonglah kerana tiada bayi yang patut minum susu pekat manis. Anggap itu itu anak kita, tanggungjawab kita," katanya.
Ketika ditanya bagaimana perkembangan aktiviti sumbangan yang dijalankan ketika ini, Zarina menjelaskan wang yang dibelanjakan telah mencecah puluhan ribu ringgit.
"Kalau sehingga hari ini saya tak beberapa pasti, tapi untuk minggu pertama saja kami sudah belanja hingga RM60,000.
"Jumlah ini meliputi beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan telah diagihkan kepada 1,000 penerima," katanya.
Zarina berkata demikian ketika siaran langsung menerusi Instagram Astro Gempak dalam segmen #ArtisDudukRumah.
Program berkenaan dilakukan setiap hari bermula jam 3 petang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Hiburan

“Semoga Kita Sihat Supaya Mampu Berdikari, Tak Perlu Bantuan Orang Lain Untuk Beli Hermes” - Fiza Frizzy

gempak
09/10/2024
09:55 MYT
Pengacara, Fiza Frizzy tampil memberikan komennya mengenai isu yang didakwa sedang panas di media sosial.
Viral

Pernah Ditipu Sampai Rugi Ratusan Ribu, Iddin Syah Trauma Nak Bagi Bantuan Melibatkan Wang - “Saya Sebelum Ini Berbaik Dengan Semua Orang Tapi…”

gempak
06/10/2024
23:55 MYT
Pernah ditipu oleh rakan niaga sebelum ini hingga kerugian ratusan ribu ringgit menyebabkan usahawan dan selebriti media sosial Iddin Syah kini berada dalam keadaan trauma malah serik untuk berbuat baik kepada individu lain.
Viral

Uncle Mike Galas Tanggungjawab Besar Di LTdL 2024, Ambil Peluang Buat CSR Bagi Bantuan Sepanjang Laluan

gempak
05/10/2024
12:25 MYT
Uncle Mike sekali lagi menjadi tumpuan apabila menjadi individu terpenting dalam mempromosikan penaja di perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
BorakSeeni