"Tiada Daya & Upaya Melainkan Dengan Pertolongan Allah .." - Suami Noorkhiriah Masuk Hospital

Zulaikha Yusof
Disember 15, 2019 21:57 MYT
Suami kepada pelakon Noorkhiriah, Azfaizul Ahtan dimasukkan ke sebuah hospital selepas mengalami masalah kesihatan.
Biarpun tidak didedahkan punca, Khiriah memohon doa daripada semua pihak untuk mendoakan kesembuhan suaminya.
"Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. Mohon doakan kesembuhan buat suami akak ye, terima kasih," tulis Khairah menerusi Instagramnya.
Rata-rata rakan artis dan peminat meninggalkan komen dengan mendoakan supaya suami Khiriah kembali pulih selepas menerima rawatan.
Untuk makluman semua, Khiriah dan Azfaizul telah mendirikan rumah tangga pada November 2006.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.
#hospital #Suami #Hospital #noorkhiriah