Hiburan

Tiada Dendam, Jay Iswazir & Bekas Isteri Pilih Untuk Berdamai - “Untuk Kami Bersama Itu, Saya…”

gempak
Asyikin Mayudin
06/02/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Tiada Dendam, Jay Iswazir & Bekas Isteri Pilih Untuk Berdamai - “Untuk Kami Bersama Itu, Saya…”
Pelakon Jay Iswazir lebih memilih untuk berdamai dengan bekas isterinya iaitu Azzahra Ahmad yang sebelum ini pernah mendedahkan mengenai masalah rumah tangga mereka kepada umum.
Mengakui kesal dengan tindakan bekas isterinya itu, Jay atau Ahmad Iswazir Ismail, bagaimanapun berkata persetujuan tersebut dicapai adalah demi kebaikan masing-masing.
“Secara jujurnya hal buka aib itu buat saya terkilan. Daripada menyalahkan pasangan, saya pilih untuk diam dan refleks balik kesalahan diri dan fikir semula mengapa Allah beri saya ujian ini.
“Apa saya boleh katakan, kami pilih untuk berdamai. Saya berjaya ambil langkah untuk kami berdua mengenang balik apa yang sudah dilalui dan terbaik untuk kami.
“Hebahan ini dibuat bukan berniat nak memenangkan mana-mana pihak,” katanya kepada Gempak.
Pelakon berusia 43 tahun itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Dajal : Satu Malam Di Pedajal pada malam Rabu.
Tambah aktor itu, meskipun aibnya sudah tersebar, dia tidak pernah menyimpan perasaan dendam terhadap Azzahra.
Malah selepas mencapai keputusan bersama itu, Jay mengakui dirinya berasa lebih tenang daripada sebelumnya.
“Selepas berdamai saya rasa lebih tenang sebab kalau meminta maaf dan memaafkan orang, saya dapat ketenangan itu.
“Kami juga sekarang saling mendoakan antara satu sama lain. Saya akui, ia juga satu pengajaran terbesar dalam hidup saya,” ujarnya.
Dalam masa sama, Jay juga menyerahkan segalanya kepada takdir sekiranya hubungannya dan Azzahra kembali bertaut.
“Pertama sekali, kalau tanya kami berdamai untuk menutup kes ini… ya, betul. Sebab bagi saya, bila hal melibatkan peribadi ni, dua-dua ada melakukan kesalahan.
“Yang mana ia diletakkan di perhatian umum, kita dah tak boleh nak salahkan orang untuk berkata apa-apa. Bagi saya, itu adalah reflek yang orang ambil berat.
“Kalau bercakap berdamai untuk kami kembali bersama itu, saya tak boleh nak cakap sebab ia terlalu ke depan. Sebab ketika ini saya lebih kepada proses kami berdamai untuk tenang hati dan kalau selebihnya, saya serah pada Allah,” ujarnya.
Sebelum ini, Azzahra menerusi beberapa hantaran di media sosial mendakwa Jay melakukan keganasan terhadapnya ketika mereka masih bergelar suami isteri.
Hanya berdiam diri, Jay kemudiannya meminta satu permohonan maaf daripada Azzahra untuk mempertahankan dirinya.
Untuk rekod, Jay dan Azzahra mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 28 Oktober tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Jay terlibat sebagai pelakon dalam filem Dajal yang mula ditayangkan pada 6 Februari.
Selain Jay, filem arahan pengarah Pierre Andre itu dibarisi pelakon lain seperti Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan dan Hanna Halim.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024