Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah

Amri Hassan
06/05/2024 07:35 MYT
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.

Tulis Ellie menerusi hantaran di Instagramnya, sokongan tanpa berbelah bahagi diberikan buat Bella.

"Segalanya adalah resam hidup. Tiada duka yang abadi demi sebuah kehidupan yang lebih membahagiakan untukmu Bella Astillah.

"Maka luka itu harus diubati adik sayang. Allah SWT maha segala.

"Kami di sini for you adik. Senda gurau sahabat handai, abang, kakak-kakak mu dalam dunia industri kreatif bersamamu.

"Bella tidak sendiri, adik sayang," tulisnya bersama hantaran video bersama Bella.

Turut sama dalam video terbabit ketika rumah terbuka Datin Paduka Umie Aida ialah Datuk Ziela Jalil, Rozita Che Wan dan Erma Fatima.

A post shared by Ellie Suriaty Omar (@elliesuriaty_omar)


Terdahulu, Bella mendakwa Aliff telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.

Bella kemudian memfailkan perceraian pada 13 Mac lalu selepas Aliff dan Ruhainies ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah.

Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

BERITA TRENDING: "Silence Is Golden" - Ruhainies

PILIHAN PEMBACA: "Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah

BERITA TRENDING: Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”

#Viral #Kontroversi #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ellie Suriaty #Curang #Penyondol
;