,
Laman Utama

“Tiada Halangan Beli Sendiri Vaksin, Tapi Dengan Syarat Haruslah…” - PM

Hanafis Haris
24/05/2021
03:45 MYT
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya bersuara mengenai isu pembelian vaksin oleh pihak tertentu.
Menurut Muhyiddin, kerajaan tiada halangan jika ada pihak di negara ini yang berhasrat membeli sendiri vaksin COVID-19.
Walau bagainamanapun menurutnya, pihak itu mestilah mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
"Katalah sesetengah agensi, misalnya Petronas dan sebagainya (hendak membeli), kita tak boleh halang.
“Syaratnya ia mesti diuji selamat (oleh NPRA) dan kenalah ada lesen... tak boleh curi-curi, seludup bawa masuk," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 eksklusif bersama Perdana Menteri malam semalam.
Tambah beliau, kerajaan juga sedang berusaha membekalkan vaksin kepada hospital dan pihak swasta bagi mempercepat proses pemberian vaksin kepada rakyat.
"Proses vaksin di fasiliti swasta tak kena caj pasal ia tanggungan kerajaan.
“Kita minta mungkin hospital itu boleh caj RM14 (dibiayai kerajaan) sekali suntikan macam tu dan vaksin tu percuma.
"Saya diberitahu oleh menteri, bekalan ini vaksin dah mula sampai bahkan saya dimaklumkan akan sampai lebih awal daripada jadual.
“Maknanya kita boleh dapat capai imuniti kelompok atau 80 peratus suntikan vaksin (untuk penduduk Malaysia) sebelum akhir tahun ini," katanya.
Sumber : BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Filem Abang Adik Wakili Malaysia Ke Oscar

gempak
04/10/2024
00:06 MYT
Filem Abang Adik dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa, Anugerah Akademi Ke-97 pada Mac tahun depan.
Viral

Rupa-Rupanya Sabari Dibunuh Kerana Cam Wajah Suspek

gempak
03/10/2024
06:42 MYT
Kejam apabila tergamak mengikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat sebelum dicampak ke sungai hanya kerana bagi menghapuskan bukti selepas mangsa mengenali wajah suspek yang menyamunnya.
Viral

Pemandu Kejam Larikan Diri, Biar Pelajar Tadika & Guru Mati Terbakar Dalam Bas

gempak
02/10/2024
18:55 MYT
Tragedi bas kemalangan dan terbakar yang meragut nyawa 20 pelajar tadika bersama tiga guru di Pathum Thani dekat Bangkok, Thailand pada 1 Oktober masih menyisakan kesedihan dalam kalangan keluarga dan masyarakat.
Hiburan

Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

gempak
02/10/2024
16:23 MYT
Personaliti televisyen dan isteri kepada Da'i Syed, Hana Ismail menzahirkan rasa syukur setelah dibantu oleh seorang penjaga sepanjang dia menjalani fasa berpantang.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Hero-Hero Nasi Lemak Berkampung Di 'I Eat Nasi Lemak' - "Rakyat Malaysia Boleh Makan Ramai-Ramai Tak Kira Bangsa & Agama"

gempak
02/10/2024
14:10 MYT
I Eat Nasi Lemak akan kembali pada 5 dan 6 Oktober 2024 untuk meraikan budaya sarapan pagi Malaysia. Acara ini dianjurkan oleh FriedChillies bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Jabatan Warisan Negara, bersempena dengan Road To Unesco - Meraikan Warisan Kita.
BorakSeeni