Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tiada Hubungan Istimewa, Adib Hanya 'Hero' Dalam Muzik Video Iman Troye

Asyraf Roslan
02/09/2024 01:55 MYT
Pempengaruh dan juga usahawan muda, Adib Aidil menafikan mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyi, Iman Troye.

Hanya Berkawan

Menurut Adib, dia hanya berkawan baik dengan penyanyi tersebut dan semua yang dilakukan bersama Iman adalah atas tuntutan kerja sahaja.

“Apa Adib boleh kata, Adib hanyalah seorang hero dalam muzik video dan hanya tolong untuk menjayakan kempen tersebut.

“Relationship itu sebenarnya tiada, Adib hanya berkawan.

“Kami masih berkawan, tapi semua yang anda lihat hanya kerja semata-mata,” kata Adib kepada Gempak.

Sebelum ini, Adib pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Iman dan dirinya sedang mengenali hati budi masing-masing namun untuk ke peringkat seterusnya ia masih terlalu awal.

ARTIKEL BERKAITAN: Digosipkan Sedang Bercinta, Adib Banana Akui Sedang Berkawan Rapat Dengan Iman Troye

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa Syiling Pelik, Jualan Merosot, Adib Bananadibs Tutup Cawangan Di Melaka - "Ada Orang 'Hantar' Benda Supaya ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Lakunya Pisang Cheese 'Biasa' Adib! Tak Sampai 3 Jam, 70kg Sold Out - "Mungkin Orang Datang Nak Rasa Sos Buatan Saya Sendiri"

Komitmen yang Tinggi


Dałam perkembangan lain, Gempak juga sempat bertanyakan adakah Adib sedia menerima tawaran berlakon jika diberi peluang selepas muncul dalam muzik video bersama Iman?

Namun jawapan Adib menunjukkan bahawa dia tidak bersedia untuk masuk ke bidang tersebut kerana takut tidak dapat memberikan komitmen yang baik ditambah jadual kerja yang padat.

“Tawaran berlakon kalau ikutkan sebelum ini ada, cuma untuk Adib terima itu Adib tak berani nak janji.

“Adib tahu kalau nak berlakon ni komitmennya tinggi, jadual kerja pun agak padat namun kalau diberi peluang untuk mengacara Adib mungkin mahu ambil peluang itu,” ujarnya.

Adib ditemui ketika sesi rakaman Gempak Most Wanted 100th Episode.

#Hero #Berkawan #Iman Troye #Adib Aidil #Bunga Kemboja