Gaya Hidup

Tiada Idea Bawa Anak Bersiar-Siar Cuti Sekolah, Apa Kata Ke The Shore Shopping Gallery Melaka!

gempak
Amri Hassan
15/02/2019
12:12 MYT
Sponsor Banner
Tiada Idea Bawa Anak Bersiar-Siar Cuti Sekolah, Apa Kata Ke The Shore Shopping Gallery Melaka!
Hujung minggu atau cuti persekolahan merupakan masa ideal untuk diluangkan bersama anak-anak tercinta.
Jika buntu ke mana hala tujunya, apa kata singgah saja ke The Shore Shoppung Gallery di Melaka.
Terletak bersebelahan dengan river cruise dan bertentangan dengan Eye of Malacca, jadi ia lokasi stategik untuk anda kunjungi.
Di The Shore Shopping Gallery juga adanya TANGS yang menjadi satu-satunya outlet di Melaka.
Nando's, Starbucks, Seoul Garden, Sushi Zanmai juga tersedia sebagai pilihan santapan menarik di sana.
Begitu juga jika anda tercari-cari jenama fesyen idaman, FOS dan Al-Ikhsan sportwear ada di The Shore Shopping Gallery.
Malah, Jonker Street dan Chinatown yang menjadi destinasi wajib seandainya ke Melaka juga ada di sekitar The Shore Shopping Gallery!
Kenapa kami cadangkan The Shore Shopping Gallery Melaka untuk anda?
The Shore Shopping Gallery punyai pelbagai hiburan menarik untuk kanak-kanak seperti toy museum, oceanarium, 3D interactive park dan virtual reality park.
Begitupun, Ocenarium menjadi tarikan utama di sini. Ini sebab-sebabnya:
1. Anda boleh bermain-main dengan Interactive Touch Pool yang mana boleh menyentuh sendiri bahagian kulit tapak sulaiman, gamat, landak laut malah ikan jerung.
2. Shark Quest. Zon ini anda akan mempelajari segalanya tentang ikan jerung. Belajar anatominya, fakta menarik dan ada juga tayangan video ringkas bagaimana ikan jerung mempertahankan diri mereka.
Akhir sekali jangan lepaskan peluang bergambar bersama replika Megalodon Shark Jaw dan Greatwhite Shark.
3. Belajar segalanya tentang ekosistem sungai seluruh dunia menerusi zon River Story.
Di sini juga dipamerkan pelbagai spesies ikan daripada pelbagai kawasan sungai seluruh dunia seperti dari Indian River, Chinese Mountain Stream, Australian River, Tasik Malawi dan banyak lagi.
Paling penting di sini adalah ekosistem sungai di Malaysia. Anda akan temui pelbagai spesies ikan yang ada di negara kita dipamerkan di sini.
Menarik dan bermanfaat bukan? Jadi, apa tunggu lagi, cepat-cepat kunjungi The Shore Shopping Gallery Melaka!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live