Gaya Hidup

"Tiada Istilah Aku Suami, Isteri Kena Dengar Cakap Selalu" - Raf Yaakob Buka Cerita Doa Minta Jodoh Di Makkah

gempak
Badrul Hashim
16/02/2020
19:09 MYT
Sponsor Banner
"Tiada Istilah Aku Suami, Isteri Kena Dengar Cakap Selalu" - Raf Yaakob Buka Cerita Doa Minta Jodoh Di Makkah
Pelakon, pengacara dan usahawan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob bersyukur apabila segala urusan menunaikan umrah buat kali yang keenam dapat diselesaikan.
"Alhamdulillah, selesai sudah semua amalan dan urusan di Makkah. Alhamdulillah ini kali ke-6 Raf menunaikan Umrah. Insyaa’Allah kali ke-7 atau ke-9 ke Makkah, Raf nak tunaikan Haji pulak.
"Kalau kalian semua ada kesempatan, cuba lah datang ke Makkah untuk menunaikan Umrah dan Haji bagi yang mampu. Berdoa dan minta lah segala hajat di dada," tulis Raf pada satu entri di Instagramnya.
Menurut Raf, kali kelima dia menunaikan umrah adalah pada bulan Disember 2016. Ketika itu dia sering berdoa agar dipertemukan jodoh yang boleh membahagiakannya dan juga yang menyayangi anak-anaknya daripada perkahwinan terdahulu.
"Raf balik je Umrah, January 2017 jumpa dengan bakal isteri @mawarashid. Tahun yang sama November 9, kami pun bernikah. Sekarang dah ada @radenrafaelraf, syukur Alhamdulillah.
"Sejujurnya, Raf anggap Mawar seperti anugerah yang Allah Swt beri kepada Raf. Banyak yang kami berdua sama-sama belajar dan saling melengkapi antara satu sama lain," tulis Raf tentang isterinya.
Tambah Raf, tiada istilah isteri kena dengar cakap suami setiap masa, kerana ada ketikanya suami juga mungkin tidak membuat keputusan yang tepat.
"Apa yang isteri nak buat kena sentiasa mendapat izin dan redha suami kerana suami adalah Syurga buat isteri.
View this post on Instagram
Alhamdulillah, selesai sudah semua amalan dan urusan di Makkah. Alhamdulillah ini kali ke-6 Raf menunaikan Umrah. Insyaa’Allah kali ke-7 atau ke-9 ke Makkah, Raf nak tunaikan Haji pulak. Kalau kalian semua ada kesempatan, cuba lah datang ke Makkah untuk menunaikan Umrah dan Haji bagi yang mampu. Berdoa dan minta lah segala hajat di dada. • Sebelum ni, kali terakhir Raf buat Umrah pada December 2016. Time tu Raf berdoa sangat nak jodoh yang baik. Jodoh yang boleh membahagiakan Raf. Jodoh yang sayang anak2 Raf (@radenrayyanraf & @raysaachanelaraf) dan boleh terima mereka berdua seadanya. • Raf balik je Umrah, January 2017 jumpa dengan bakal isteri @mawarashid. Tahun yang sama November 9, kami pun bernikah. Sekarang dah ada @radenrafaelraf, syukur Alhamdulillah. Sejujurnya, Raf anggap Mawar seperti anugerah yang Allah Swt beri kepada Raf. Banyak yang kami berdua sama2 belajar dan saling melengkapi antara satu sama lain. • Tiada istilah, “Aku suami, isteri kena dengar cakap suami selalu”. Ye betul, apa yang isteri nak buat kena sentiasa mendapat izin dan redha suami kerana suami adalah Syurga buat isteri. Tetapi suami juga harus menjadi pemimpin yang adil, penyabar dan tak bole marah2. Nak jadi ketua keluarga dan pemimpin yang hebat, suami dulu kena tunjukkan contoh yang baik pada isteri, lepas tu baru isteri dengar cakap. Suami tak perlu cakap dengan mulut, dengan perbuatan saja isteri dah boleh menilai dan ikut. Bak kata Mawar waktu kami mula2 kenal, “your surrounding is your reflection”. SETUJU TAK?
A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on
"Tetapi suami juga harus menjadi pemimpin yang adil, penyabar dan tak boleh marah-marah. Nak jadi ketua keluarga dan pemimpin yang hebat, suami dulu kena tunjukkan contoh yang baik pada isteri, lepas tu baru isteri dengar cakap," tulis Raf lagi yang menganggap suami dan isteri saling melengkapi.
Raf mengerjakan umrah bersama isterinya Mawar Rashid dan cahaya mata mereka, Raden Muhammad Rafael.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live