“Tiada Istilah ‘Mandul’ Dalam Kamus Kerjaya Saya, Yang Ada…”- Ini Penjelasan Doktor Pakar Sakit Puan
Syafiqah Jalal
25/06/2021 13:00 MYT
25/06/2021 13:00 MYT
Isu pelakon dan pengacara Siti Elizad dihina dengan perkataan ‘mandul’ kerana belum berjaya hamil baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai netizen dan pelbagai pihak.
Tidak ketinggalan seorang doktor pakar perbidanan , sakit puan dan infertiliti yang berpengalaman, Dr. Maiza Tusimin turut tampil menjelaskan istilah ‘mandul’ yang didakwa tiada dalam kamus kerjayanya selama ini.
Malah Dr. Maiza menjelaskan beliau sendiri tidak pernah sekali menggunakan istilah tersebut terhadap pesakitnya.
“Sepanjang berkhidmat sebagai doktor, tiada pernah walau sekali saya menggunakan istilah ‘mandul’ kepada pesakit saya.
“Tiada istilah ‘mandul’ dalam kamus kerjaya saya…yang ada hanya ketidaksuburan atau infertility. Semoga Allah melindungi TTC (sedang cuba hamil) dari fitnah dunia dan dipermudahkan urusan,” jelasnya.
Doktor pakar yang berkhidmat di salah sebuah pusat perubatan terkenal di ibu kota itu berkongsi pandangannya di akaun Instagram miliknya.
Beberapa hari lalu, Elizad memberitahu dia terpaksa membuat laporan polis susulan hinaan yang melampau dari salah seorang pengguna laman sosial terhadap dirinya yang masih belum hamil selepas lama berkahwin.
Rata-rata mengecam tindakan netizen tersebut yang didakwa sengaja ingin mencetuskan kemarahan serta dianggap bersikap kurang ajar.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka selepas berusaha pelbagai cara termasuk proses IVF.