Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tiada Isu Dengan Kakak, Syada Amzah Akui Kini Lebih Matang – “Kami Berdua Dah Dewasa”

Firdaus
06/03/2024 02:55 MYT
Tidak mahu memperbesarkan kemelut keluarga, penyanyi Syada Amzah memberitahu yang hubungan dengan kakaknya, Shila Amzah sudah kembali baik.

Menerusi temu bual bersama Gempak, Syada mendedahkan yang dirinya kini semakin matang dan lebih memilih untuk menyesaikan masalah seperti orang dewasa.

BERITA TRENDING: Syada Akui Shila Amzah Merupakan Idolanya – “Saya Bersyukur Dia…

“Sekarang ni dah 2024, kami berdua pun dah dewasa dan kami ingin bertindak sepertinya. Saya dah belajar daripada kesilapan lalu, di mana tidak semua masalah boleh dikongsikan kepada orang ramai.

“Jadi perkara yang ditunjukkan di hadapan skrin adalah apa yang kami benarkan sahaja, jadi dari segi minta maaf dan sebagainya, elok orang di belakang tabir yang tahu,” katanya.

Sementara itu, Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah, 26, mengakui yang fasa panas adik-beradiknya tahun lalu merupakan satu fasa yang berlaku dalam tempoh yang singkat.

“Kami sudah berbaik, sebab adik-beradik ni kita ‘panas’ sekejap sahaja, lepas tu jumpa kami elok balik, tiada masalah,” ujarnya.

Terdahulu, hubungan antara Syada dan kakaknya menjadi dingin berikutan isu cadangan Shila mahu menjual banglo didiami keluarga yang membawa kepada konflik adik-beradik.

Isu tersebut berlarutan apabila adik lelaki Shila, Amir Syafiq mendedahkan pelantun lagu Selamanya Cinta itu tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo berkenaan.

#Selebriti #Artis #Shila Amzah #Isu #Adik Beradik #hiburan #Gaduh #Keluarga #Syada Amzah
;