Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa tiada ‘kluster Najib’ dikesan setakat ini.

Menerusi laporan Astro Awani, selepas 16 hari dari tarikh perhimpunan penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, tiada sebarang laporan diterima berhubung kemungkinan kes COVID-19 dari lokasi itu.

Dr Noor Hisham menerusi sidang media hari ini berkata, apa yang dikesan sehingga hari ini merupakan kes berkaitan perhimpunan sewaktu Hari Raya Aidiladha.

“Antaranya termauklah Kluster Sivagangga, Kluster Kurau, Kluster Seri Menanti, dan paling terkini Kluster Tawar.

“Kita tidak melihat sebarang trend kes meningkat secara mendadak (dari lokasi atau perhimpunan berkenaan).

“Apa yang penting ialah tiada laporan diterima berkaitan dengan perhimpunan tersebut,” katanya.

Jelas Noor Hisham, walaubagaimanapun pihak masih memantau setiap kebarangkalian berkaitan COVID019.

“Tindakan kita adalah menjalankan pemantauan setiap masa,” katanya dalam sidang media Kementerian Kesihatan di Putrajaya, hari ini.

Untuk rekod, pada 28 Ogos lepas, ribuan penyokong bekas Perdana Menteri itu berhimpun di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes melibatkan penyelewengan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.

Jumlah kehadiran penyokong yang tinggi menimbulkan kegusaran sesetengah pihak ekoran kemungkinan wujud kluster baharu.

Sumber : Astro Awani