Selepas melalui pelbagai insiden dan kontroversi dengan anggota kumpulan terdahulu, penyanyi popular Aweera kembali memperkenalkan band baru yang dikenali sebagai Pelita Lusoh.

Pada Mei lalu, Aweera ketika itu masih menganggotai kumpulan Prime Domestic turut serta dalam Konsert Rock Legend 2018 bersama kumpulan May.

Bagaimanapun, perkembangan baru mengenai penyanyi yang mempunyai vokal hebat itu dimaklumkan Aweera sendiri menerusi akaun Instagramnya (IG), @aweera_official baru-baru ini.

Dalam status itu, Aweera memuatkan naik gambar dia bersama dua anggota lain dalam kumpulan baru tersebut.

PRESENT.. do support us and follow @pelitalusoh guys..nantikan single pertama kami yang berjudul PIL ..akan release pada pertengahan january 2019..lets rock and not to roll ..?? #PelitaLusoh #PIL #musicisfreedom

A post shared by aweera_official (@aweera_official) on


Aweera turut memperkenalkan akaun IG kumpulan barunya itu, @pelitalusoh dan memberitahu mereka akan tampil dengan single terbaru berjudul Pil yang dijangka berada di pasaran pada pertengahan Januari tahun depan.

Meskipun pelbagai persepsi dilontarkan peminat terhadap perjalanan seni Aweera bersama band berbeza sebelum ini, dia juga menerima sokongan daripada band otai seperti Wings dan peminatnya.

Peminat memberikan komen di status IG Aweera itu dengan menyatakan sokongan dan mengharapkan hasrat kumpulan Pelita Lusuh ini untuk menghasilkan single terbaru mereka berjalan lancar.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @aweera_official