HIBURAN
Tiada Lagi Kelibat 'Oyen' Depan Kedai Nasi Ayam Shiha Zikir - "Saya Harap Ada Orang Boleh Jaga Dia Dengan Baik"
Penyanyi dan usahawan, Shiha Zikir tampil memberi penjelasan berhubung seekor kucing oren yang sering dilihat berada di hadapan kedai nasi ayam miliknya di Seksyen 7, Shah Alam.
Kucing tersebut, yang dikenali ramai sebagai 'Oyen', menjadi perhatian netizen hingga timbul persoalan sama ada ia merupakan peliharaan Shiha sendiri.
Menurut Shiha, Oyen sebenarnya adalah kucing jalanan yang telah lama mendiami kawasan tersebut, bahkan sejak sebelum dia membuka perniagaan di lokasi itu lagi.
“Untuk pengetahuan semua, kucing tu adalah kucing jalanan. Dah bertahun-tahun dia kat situ dari sebelum Shiha buka kedai lagi. Cuma lepas buka kedai, jiran-jiran kedai lain semua cakap yang dia memang suka duduk depan kedai Shiha je,” jelasnya.
Mengambil peduli terhadap nasib haiwan itu, Shiha dan kakitangannya sering memberi makan dan memakaikan rantai kepada Oyen agar orang ramai tahu bahawa ia diberi perhatian dan tidak diabaikan.
Dalam pada itu, Shiha memaklumkan bahawa dia sendiri sudah berpengalaman membela kucing selama bertahun-tahun dan pernah menjaga sehingga 35 ekor dalam satu masa.
Namun bagi mana-mana kucing jalanan yang dijumpai termasuk Oyen, Shiha tetap tidak lokek untuk memberi makanan.
“Dari 35 ekor, sekarang fokus pada 8 ekor sahaja. Tapi kalau Shiha terjumpa stray cat, Shiha akan bagi makan. Sama kes dengan Oyen ni. Shiha harap Oyen dapat jumpa dengan orang yang betul-betul boleh jaga dia dengan baik,” tambahnya lagi.
Shiha turut menyeru agar orang ramai tidak salah faham dan menganggap Oyen sebagai haiwan peliharaan peribadinya. Sebaliknya, menyifatkan Oyen sebagai kucing jalanan yang sangat disayangi oleh komuniti setempat.
“Shiha pun dapat tahu yang dia memang dah lama kat kawasan tu. Dan dia sangat baik. Elakkan salah faham. Dia bukan peliharaan sendiri tapi kucing jalanan yang disayangi ramai kat sana,” katanya.
Shiha juga sedar akan kehilangan Oyen yang sudah lama berada di kawasan tersebut selepas didakwa sakit. Namun ketika itu Shiha tidak sempat membawa Oyen ke klinik haiwan.
“Yang dah viralkan Oyen, Shiha faham atas keprihatinan anda. Terima kasih ambil berat. Cuma… of course Shiha akan rindu Oyen sebab dia selalu kat situ. Sekarang dah tak boleh tengok Oyen kat CCTV dah.
“Cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik ya semua. Terima kasih kepada yang sudi DM bercakap dengan baik dan memahami. Alhamdulillah," tambahnya.