Kucing berbulu putih dan bertompok coklat yang menjadi sensasi internet, Grumpy Cat mati pada usia tujuh tahun.

Berita sedih itu dikongsi oleh pemiliknya, Tabatha Bundesen menerusi entri pada laman Instagram Kucing kesayangannya itu.

Grumpy Cat yang terkenal kerana wajah yang sentiasa ‘marah’ mati akibat jangkitan kuman pada saluran kencing.



“Kami sungguh sedih untuk memaklumkan pemergian Grumpy Cat.

“Grumpy mati dalam keadaan yang aman pada pagi Selasa, 14 Mei, dalam pangkuan ibunya, Tabatha,” tulisnya menerusi foto yang di muat naik di Instsgram.

Grumpy Cat mula tular sekitar tahun 2012 kerana wajahnya yang sering menunjukkan ekspresi marah dan bengis disebabkan sindrom dwarfism

Kucing itu meraih populariti seluruh dunia apabila ramai yang menjadikan fotonya sebagai ‘meme’.



Sehingga kini, Grumpy Cat memiliki 1.53 juta pengikut di Twitter dan 2.6 juta pengikut di laman Instagram.

Kucing kegemaran ramai itu kerap muncul di televisyen, termasuk iklan makanan kucing, bijirin sarapan dan banyak lagi.