Semalam filem Zack Snyder's Justice League telah pun ditayangkan secara eksklusif dan On Demand menerusi Ultra Box, Astro GO dan HBO GO.

Filem ini pastinya paling dinanti-nantikan peminat DC Comics selepas kemunculan versi pertama pada tahun 2017 lalu.

Namun, jika masih tertanya adakah wajib untuk menontonZack Snyder's Justice League, ini yang anda patut tahu!

#1 Durasi Tayangan 4 Jam Lamanya! Puas!

Ini bukan gurauan, namun realiti yang akan anda nikmati ketika menonton filem ini.

Mungkin disebabkan filem ini ditayang pada platform striming, maka durasi panjang bukan satu masalah buat pengarah.

Malah, jalan cerita dapat diperkembangkan dengan baik dan teliti memandangkan pengarah kali ni mempunyai masa yang cukup.

Masa terlalu cukup untuk menyempurnakan kesan khas misai Superman barangkali.

#2 Babak Ekstra & Eksklusif!

Apabila durasi pun sudah empat jam berbanding dua jam ketika 2017, maka sudah tentunya banyak babak yang eksklusif ditayangkan.

Bukan hanya itu, anda juga akan melihat banyak babak pertarungan yang lebih mengagumkan daripada versi lama.

Biarpun tidak mengubah secara keseluruhan storyline, namun perbezaan ketara setiap ‘chapter’ dapat dilihat dengan jelas.

Malah, anda akan melihat lebih banyak screen time dan aksi hebat daripada hero yang sebelum ini agak ‘tenggelam’ pada versi lama.

The Flash dan Aquaman sebagai contoh agak menyerlah dalam versi ini.

#3 Kesan Khas Lebih Gempak, Kostum Lebih Dramatik!

Perbezaan ketara yang anda akan saksikan menerusi versi baru ini adalah kesan khas yang diguanakan.

Ini merangkumi color grading, efek kuasa superhero dan soal pengunaan grafik.

Paling ketara adalah kostum watak supervillain dalam filem ini iaitu Steppenwolf.

Lebih ganas dan nampak mahal!

Selain itu, Zack Snyder juga dilihat kerap menggunakan elemen ‘slow motion’ dalam filem ini sekali gus menjadikan ia lebih dramatik!

#4 Kejutan End Credit Scene

Seriously, sangat 'mind blowing' apabila babak 'end credit' turut dipaparkan secara dramatik.

Anda akan melihat beberapa watak yang belum diayangkan pada versi lama sebelum ini. Sangat epik!

Siapa watak superhero itu? Anda kena saksikan sendiri Zack Snyder's Justice League.

Sekadar info, Justice League pada awalnya diarahkan oleh Snyder, namun atas masalah keluarga dia terpaksa mengundur diri lalu digantikan dengan Whedon.

Justice League dibintangi Ben Affleck sebagai Batman, Henry Cavill (Superman), Gal Gadot (Wonder Woman), Jason Momoa (Aquaman), Ezra Miller (The Flash), Ray Fisher (Cyborg) dan ramai lagi.

Jadi apa tunggu lagi?

Zack Snyder`s Justice League kini boleh ditonton secara #OnDemand.

Anda boleh stream on demand via Ultra box ataupun Astro GO. @AstroGO

Maklumat lanjut layari https://astro.com.my/HowTo.

*Free for Movie Pack customers*