Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Tiada Lagi Monday Couple, Kang Gary Tinggalkan Running Man

Ahmad Shah 25/10/2016 | 08:41 MYT

Selepas enam tahun bersama Running Man akhirnya Kang Gary mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari program tersebut.

Menurut pihak produksi, Gary telah meluahkan hasratnya itu sejak awal tahun ini untuk memberi fokus kepada bidang muzik.

“Sejak awal tahun ini lagi Gary ada memberitahu niatnya untuk tinggalkan Running man kerana ingin fokus terhadap bidang muzik.

“Dia juga ingin meluangkan lebih masa untuk menghasilkan muzik memandangkan dia juga merupakan penyanyi rap kumpulan Leesang.

“Kami telah cuba untuk memujuk dan meminta Gary supaya mempertimbangkan keputusannya namun tidak berjaya,” katanya seperti yang dilapor Soompi.

Bagaimanapun pihak produksi Running Man tetap menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan berterima kasih kepada Gary sepanjang penglibatannya dalam program tersebut.

“Walaupun sedih namum kami hormati keputusannya dan kami hargai segala usaha yang diberikan oleh Gary sepanjang dalam Running Man.

“Dia merupakan anggota Running Man yang hebat! Terima kasih Gary kerana menjadi anggota tetap Running Man sepanjang enam tahun, Kami pasti akan merindui awak,” ujarnya.

Dalam pada itu, ruangan komen diakaun Instagram (IG) Gary dipenuhi dengan luahan hati peminat yang bersedih sebaik sahaja mengetahui tentang berita tersebut.

Rata-ratanya memberitahu akan merindui gelagat Gary yang ‘blurr’ dan juga adegan ‘gaduh-gaduh’ manja bersama pasangan Isninnya (Monday Couple), Song Ji Hyo.

Terdahulu, Gary telah menjadi anggota Running Man sejak tahun 2010 dan penggambaran terakhirnya untuk program tersebut adalah pada 31 Oktober ini.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Soompi

#Running Man #Kang Gary #Kang Gary #Running Man
;