gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Muhammad Kekal Nama Paling Popular Di England Dan Wales
HIBURAN
Kehadiran Bella Astillah Di Majlis Hari Lahir Ibu Syed Saddiq Buat Netizen ‘Cair’ - “Alhamdulillah Tumpang Happy”
VIRAL
Suara Merdu Siti Nurhaliza ‘Kejutkan' Lelaki Koma Di Australia - “Sebaik Saja Mendengarnya…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

COVID-19

Tiada Lagi Penghantaran Barangan Di Lokasi Tertentu? Ini Penjelasan Sebenar Pos Malaysia!

Hanafis Haris
Hanafis Haris
09/04/2020
10:28 MYT
Sponsor Banner
Tiada Lagi Penghantaran Barangan Di Lokasi Tertentu? Ini Penjelasan Sebenar Pos Malaysia!
Tiada Lagi Penghantaran Barangan Di Lokasi Tertentu? Ini Penjelasan Sebenar Pos Malaysia!
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang individu mendakwa perkhidmatan pos dan pos laju tidak akan beroperasi di beberapa kawasan zon merah.
Menerusi satu posting di Twitter, individu tersebut turut memuat naik gambar memaparkan kawasan dan lokasi yang akan berdepan dengan gangguan perkhidmatan penghantaran.
Antara alasan yang diberi adalah kawasan berkenaan dilarang masuk disebabkan COVID-19.
Posting berkenaan sekali gus mencetuskan tanda tanya adakah senarai yang dipaparkan benar-benar sahih?
Gempak sempat menghubungi pihak Pos Malaysia dan meminta mereka menjelaskan keadaan sebenar.
Menurut jurucakap Pos Malaysia, pihaknya memilih untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai kekangan operasi yang dihadapi syarikat lain.
"Kami meminta orang ramai untuk merujuk kepada laman web atau saluran media sosial rasmi Pos Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.
"Pada ketika ini, perkhidmatan Pos Laju masih beroperasi seperti biasa, kecuali di kawasan-kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya.
Topic Berkaitan
#Pos Malaysia
#COVID 19
#Red Zon
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement