Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tiada Lagi Profesor McGonagall… Bintang Harry Potter, Maggie Smith Pergi Buat Selamanya

Awani
27/09/2024 18:55 MYT
Aktres veteran, Dame Maggie Smith yang terkenal dengan watak Profesor Minerva McGonagall dalam filem bersiri terkemuka, Harry Potter meninggal dunia pada Jumaat.

Meninggal usia 89 tahun


Aktres yang memegang watak ikonik dalam filem sensasi itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun.

Smith pernah mengungguli beberapa anugerah layar perak berprestij termasuk Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) pada tahun 1969 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada tahun 1986 bagi anugerah yang sama.

Antara lain Maggie Smith juga pernah menggengam empat anugerah Emmy dan anugerah Tony sepanjang karier lakonannya yang bermula pada tahun 1950-an.

Berita pemergian Smith dimaklumkan dua anak lelakinya, Toby Stephens dan Chris Larkin.


Mendiang ibu mereka katanya menghembuskan nafas terakhir di hospital pada Jumaat ditemani rakan-rakan, keluarga pada akhir hayat mendiang.

Mendiang Smith meninggalkan dua anak lelaki dan lima cucu.

Maggie Smith atau nama penuh Dame Margaret Natalie Smith lahir pada 28 Desember 1934 di Ilford, Essex.

Selain siri Harry Potter, Maggie Smith pernah membintangi siri televisyen popular, Downtown Abbey sebagai Dowager Countess.

Sumber: AWANI
#Meninggal Dunia #Harry Potter #Maggie Smith #Profesor McGonagall
;