Penularan wabak COVID-19 nampak gayanya semakin membimbangkan apabila Malaysia saja sudah mencatat sebanyak 428 kes.

Sehubungan itu pelbagai langkah pencegahan telah dilakukan oleh setiap pihak dan organisasi.

Tidak ketinggalan dalam langkah ini adalah panggung wayang MBO yang telah melaksanakan satu sistem tempat duduk yang lebih selamat.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan, sistem baru itu dikenali sebagai 'Social Distance Seating' dan ia telah mula dilaksanakan Sabtu lalu.

Difahamkan, MBO telah menambah jurang antara dua kerusi bagi setiap tempat duduk.

Ini bermakna, jika anda menempah tiket wayang, tiada individu lain yang duduk di sekitar tempat anda.

Kedudukan ini bukan hanya mengurangkan jarak bagi setiap penonton, malah jumlah individu di pawagam juga dapat dikurangkan.

Anda boleh lihat susunannya di bawah.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!