Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tiada Lagi Suara Kak Bed @ Abby Fana Di Sinar Bermula Hari Ini, "Bye Astro"

Maliah Surip
01/01/2021 00:50 MYT
Tanggal 1 Januari 2021 menjadi hari pertama dalam sejarah hidup deejay radio Abby Fana yang mesra dipanggil Kak Bed dalam kalangan penggemarnya apabila tidak lagi bersiaran di radio.

Kak Bed menamatkan perkhidmatannya selepas 14 tahun menjadi DJ di stesen radio Sinar di Astro berkuat kuasa hari ini. Semalam (31 Disember 2020), adalah hari terakhir beliau bersiaran menemani seluruh ralyat Malaysia di stesen Sinar.

Melalui Insta Story yang dikongsikan Kak Bed di Instagramnya, @abbyfana, beliau dilihat duduk di dalam keretanya sambil mengucapkan selamat tinggal kepada Astro dalam keadaan hujan lebat.

"Bye Astro," katanya sambil melambai ke kamera telefon bimbitnya.

Wanita yang terkenal dengan lunak suara dan banyak nasihat serta petua yang dikongsikan bersama pendengar itu kemudian didengar menyambung 'salam selamat tinggal' buat syarikat yang telah menjadi periuk nasinya sejak berbelas tahun lamanya.

"InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi," ujar Kak Bed.

Sepanjang perkhidmatannya bersama Sinar, Kak Bed cukup terkenal melalui segmen Sembang Sinar.

Beliau mengaku segmen tersebut banyak meninggalkan sentimental kepadanya secara peribadi. Malah dalam temubual bersama Awani, beliau mengatakan sedih dan menangis untuk mengucapkan selamat tinggal kepada profesionnya sebagai seorang DJ di radio Sinar.

Wanita berusia 54 tahun ini juga mengaku sudah mempersiapkan dirinya sejak dua bulan lalu untuk 'menyambut' hari terakhirnya sebagai DJ di Suria setelah 14 tahun berkhidmat.

"Pada awalnya saya fikir kuat untuk melaluinya, namun pada hari terakhir di konti (semalam), air mata saya tumpah juga.

"Saya harus rasional. Tapi cinta dan kasih saya pada Sinar akan sentiasa ada," katanya.

Instagram: @abbyfana
#Astro #Abby Fana #Perkhidmatan #14 Tahun #Kak Bed #Radio Sinar #Sembang Sinar
;