Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tiada Lagi Usikan Nakal Di Konti Radio, Haniff Tinggalkan ERA & Ean Undur Diri Dari HITZ

Mya Amri
31/07/2024 12:23 MYT
Penyampai radio ERA, Haniff Hamzah dan HITZ iaitu Ean mengambil Keputusan untuk meninggalkan kerjaya mereka.

Berita itu dimaklumkan oleh Astro Radio menerusi satu kenyataan kepada media.

Tinggalkan radio


Astro Radio memaklumkan kedua-duanya merupakan penyampai radio yang sangat bagus dengan komitmen kerja selain berdedikasi terhadap tugasan diberikan.

“Haniff yang mengendalikan segmen Petang ERA telah menghiburkan pendengar kami dengan gaya dan telatahnya yang tersendiri.

“Manakala Ean yang menjadi tonggak Kru Pagi HITZ selama lebih sedekad, telah menghiburkan pendengar dengan penuh semangat tanpa lelah dan lesu,” coretnya.


Dalam pada itu, pihak Astro Radio juga turut berbangga dengan pencapaian Haniff dan Ean sepanjang bersama stesen berkenaan.

“Kedua-duanya meneruskan kerjaya radio mereka ke peluang lebih baharu. Walaupun sukar untuk mengucapkan selamat tinggal, kami tetap mendoakan mereka agar terus berjaya dalam apa jua mereka lakukan.

“Astro Radio berbangga dengan pencapaian mereka kerana sumbangan mereka amat luar biasa dan terus menjadi kenangan terindah dalam keluarga kami,” maklum kenyataan itu.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)

#Penyampai radio #Era #Haniff Hamzah #Hitz #Undur Diri #Ean