Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Tiada Lagu Baru Tak Mengapa, Jangan Tiada Kerja" - Khadijah Ibrahim

Asraf Aided
07/05/2019 09:22 MYT
Penyanyi senior berbakat, Datuk Khadijah Ibrahim atau mesra disapa Tok Kat bersyukur kerana masih aktif bergiat sebagai seorang penyanyi sehingga kini.

Menurut Tok Kat, dia tidak mempunyai masalah jika tidak menghasilkan lagu baru asalkan nama dan lagu lamanya sentiasa diingati oleh peminat.

"Saya bersyukur dan gembira kerana lagu-lagu lama saya sentiasa didengar dan diingati oleh peminat pelbagai generasi.

"Dalam pada itu, saya juga masih aktif bergiat sebagai penyanyi sehingga kini.

"Alhamdulillah, saya dapat bertahan dengan lagu-lagu lama saya, tiada lagu baru tak mengapa, jangan tiada kerja," selorohnya kepada Gempak.

Pelantun lagu Ku Pendam Sebuah Duka ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 1970 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#Ibrahim #'Khadijah
;