Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tiada Laporan Polis Isu Caprice-Ebit Lew, Orang Awam Dinasihatkan Tidak Membuat Kenyataan Berbaur Fitnah & Mengaibkan – Polis

Fiza Kamarudin
20/07/2021 02:35 MYT
Berikutan isu melibatkan penyanyi rap Caprice dan penceramah bebas Ebit Lew, Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan mengesahkan tiada sebarang laporan polis dibuat.

Sehubungan itu, menurut Abdul Jalil tiada kertas siasatan dibuka berkenaan tindakan penyanyi rap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang mempersoalkan tindakan Ebit Lew ketika menjalankan misi kemanusiaan di Gaza, Palestine.

“Beberapa hari ini media sosial dikesan hangat memperkatakan tentang isu terbabit. Setakat ini tiada laporan diterima dan tiada kertas siasatan dibuka mengenai perkara tersebut,” katanya menerusi sebuah kenyataan kepada media pada Isnin.

Justeru itu, Abdul Jalil menasihati orang ramai untuk tidak menyebar atau membuat kenyataan yang berbaur fitnah atau mengaibkan seseorang.

“Perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan yang boleh disiasat di bawah seksyen 500 kanun keseksaan (fitnah), 504 kanun keseksaan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

“Pesalah juga boleh didakwa di bawak seksten 505 kanun keseksaan kerana mengeluarkan atau menyebar kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam sekyen 233(3) akta komunikasi dan multimedia Malaysia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Orang awam juga dinasihati agar tidak mensensasikan isu tersebut atau tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika didapati wujud pelanggaran undang-undang seperti yang telah dinyatakan.
#Viral #Polis #Tular #Caprice #PDRM #Ebit Lew #Misi kemanusiaan Gaza #Tak boleh masuk Gaza