Pelakon Elfira Loy mengakui bersyukur apabila proses kehamilan anak pertamanya dipermudahkan.
Menurut Elfira, dia tidak mengalami sebarang alahan teruk dan mengidam sesuatu makanan yang pelik semenjak awal kehamilan sehingga enam bulan usia kehamilannya kini.
"Alhamdulillah, saya tiada alahan bukan-bukan. Setakat ini semua okey.
"Boleh saya katakan proses kehamilan anak pertama ini dipermudahkan dan segalanya senang untuk dilalui oleh saya.
"Bab makanan pun tiada mengidam yang pelik-pelik, cuma saya dinasihatkan oleh ibu dan ibu mertua supaya banyakkan berehat," katanya kepada Gempak.
Tambah Elfira, dia bersyukur semuanya berjalan lancar namun mengakui agak gementar untuk melahirkan anak sulungnya.
"Saya rasa semua wanita yang bakal melahirkan anak terutama bayi sulung akan mengalami perasaan sama seperti saya. Gementar sebab perkara yang paling susah adalah untuk melahirkan anak.
"Selepas melalui sendiri proses kehamilan sejak hari pertama sampailah sekarang, saya bersyukur kerana Allah melancarkan semua proses dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan saya mudah bersalin nanti," ujarnya lagi.
Elfira berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Bugaboo Ant bertempat di The Gardens Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris pada 1 Januari lalu dan dijangka akan bersalin pada bulan Oktober ini.
Rozaimi Zubaidi
Thu Jul 25 2019
The Hardest Singing Show Bakal Cabar Kreativiti ‘Shownmanship’ Peserta!
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, 'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”
Emma akui kesilapannya.
Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?
Sekali lagi wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"
Hazrat Muaz terima tawaran berlakon dan mengacara.
Nadeera Lantunkan Lagu 'Udara', OST Drama Bersiri Framed Lakonan Meerqeen & Mimi Lana
Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil dengan single terbaharu berjudul Udara yang menjadi runut bunyi drama bersiri Framed, lakonan hebat Meerqeen dan Mimi Lana.
“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri
Penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai masih tidak mengesahkan khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin. Ketika ditemui Gempak, Gayatri masih merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Zul. Menurut Gayatri, dirinya lebih selesa untuk berdiam diri dan berpegan
Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”
Siap ada yang pusing balik tau.
Datuk Red Mengaku Gagal Jadi Suami Yang Baik – “Orang Tengok Mungkin Senang Untuk Kahwin Dua Tapi Sebenarnya..”
Usahawan, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red akui telah gagal untuk menjadi seorang suami yang baik kepada isteri-isterinya.
Bella Astillah Dedah Sebab Kenapa Dia Ikuti Sarah Yasmine Di Instagram
Pelakon Bella Astillah tidak terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh wanita bernama Sarah Yasmine mengenai skandal yang terjalin bersama suaminya tempoh hari. Ujar Bella, wanita itu merupakan salah seorang individu dalam senarai 11 wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengan Aliff. “Jujurnya saya tidak terkejut sebab nama dia ada dalam sen
Video Wanita Free Hair Dikucup Lelaki Didakwa Mirip Rossa Sera, Ini Penjelasan Tuan Badan! - “Itu Semua ..."
Bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera baru-baru ini tular di media sosial selepas satu video wanita mirip seakan-akan wajahnya dilihat mesra dengan seorang lelaki. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh akaun Instagram @rs92.jr, wanita itu dilihat tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi. Apa yang lebih menarik perhatian adalah a