Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Tiada Niat Menunjuk, Oh Abang Kosmetik Papar Realiti Kehidupan Aliff Syukri

Kamaruddin Razal 13/01/2017 | 07:00 MYT
Jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri tidak berniat untuk menunjuk kekayaan yang dimilikinya menerusi program terbaru, Oh Abang Kosmetik (OAK).
Menerusi program yang bersiaran setiap Isnin pada jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123), pengasas produk D’Herbs ini memaparkan realiti kehidupan sebenar yang dilaluinya.
"Program tersebut bukanlah menjadi landasan untuk saya menunjuk-nunjuk. Sebaliknya, program ini memaparkan realiti kehidupan saya.
"Selain bergelar seorang usahawan, saya juga sama seperti insan lain. Saya merupakan seorang anak, suami, bapa dan majikan, sama seperti manusia biasa.
"Saya percaya, masih ada yang menonton OAK dan mengambil pengajaran positif menerusi program tersebut.
"Saya mahu apa yang saya pertontonkan menerusi OAK menjadi inspirasi terhadap anak muda di luar sana untuk memajukan diri, terutamanya dalam bidang perniagaan," kata Aliff kepada Astro Gempak.
Menerima respon positif selepas episod pertama ditayangkan pada 9 Januari lalu, Aliff bersyukur dengan sambutan tersebut.
"Alhamdulillah, sambutan OAK sangat menggalakkan. Saya menerima respon positif menerusi akaun media sosial saya.
"Saya juga difahamkan yang episod pertama OAK hampir mencecah rating satu juta tontonan. Saya bersyukur dengan perkara tersebut dan berharap yang program OAK sedikit sebanyak dapat memberi iktibar kepada penonton," katanya lagi.
Jangan lupa saksikan aksi dan keletah kehidupan seharian Datuk Aliff Syukri dalam rancangan Oh Abang Kosmetik yang bersiaran setiap Isnin pada jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123)!
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Datuk Aliff Syukri #Terlajak Laris #Oh Abang Kosmetik
;