Laman Utama
“Tiada Niat Perkecilkan Peniaga Pasar Malam…”- Gurauan Disalah Anggap, Michael Ang Minta Unfollow
Pengarah Michael Ang kecewa apabila gurauannya meminta keluarganya berjumpa di pasar malam pada Tahun Baru Cina akan datang disalah anggap dan diambil serius oleh netizen.
Menurut Michael Ang, dia tiada niat untuk memperkecilkan peniaga pasar malam malah akui gembira apabila mendapat tahu mereka dibenarkan beroperasi semula.
“Saya gembira pasar malam buka dan orang boleh berniaga. Saya hanya buat lawak sahaja bila keluarga complain tak boleh balik rumah mak. Jadi saya cadangkan semua pergi pasar malam untuk berjumpa la," jelasnya.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memutuskan tiga jenis perniagaan iaitu asar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dibenarkan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat mulai hari ini.
“I find out it’s funny anda decided to post! Tak payah nak emotional sangat dan nak cakap pasal kaya dan miskin! Get a life and up yourself.
“Ia hanya guraun tanpa niat nak memperkecilkan peniaga pasar malam! I find it was funny n decided to post it! So deal with it!,” jelasnya lagi.
Michael berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dek kerana berang, Michael meminta pengikutnya supanya tidak mengikutinya atau unfollow di laman sosial tersebut.
“Tak suka apa aku post sila unfollow becaus it was joke if u can’t take then u are toxic or depress! Love the rest of you and be safe!,” tegasnya.