Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Tiada Paksaan, Ia Ikhlas Datang Daripada Hati” - Cik Manggis Akui Sudah Berhijab

Azwa Rahman 01/07/2020 | 09:02 MYT
Ahli kumpulan De Fam Cik Manggis mengakui dirinya sudah berhijab sepenuhnya sejak beberapa hari yang lalu.
Menurut Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin, 31, penampilan terbarunya ini ikhlas datang daripada hati.
“Sebenarnya video yang semua tengok di Instagram tu adalah imej terbaru saya.

Hi Jibby, I’m back! ?? Shawl: @sopandsantunhq

A post shared by Cik Manggis | De Fam (@cikmanggis) on

“Niat nak bertudung ni pun ikhlas, tiada paksaan dari mana-mana pihak. Kita kalau buat semua benda mesti ikhlas. Bila ikhlas, barulah kita akan terus istiqamah,” ujar Manggis ketika dihubungi Gempak.
Tambah Manggis, dia berterima kasih kepada para pengikut yang sentiasa mendoakan agar dia terus istiqamah.
“Alhamdulillah, saya terima banyak doa dan kata-kata pujian dari rakan selebriti dan juga pengikut.
“Ramai yang suka dan saya hargai sangat bila mereka tengok video pertama saya berhijab walaupun video tu tak sampai beberapa saat,” katanya lagi.
Menurut suami Manggis yang dikenali sebagai Syazmin Firdaus, dia gembira apabila isterinya mengambil langkah untuk berhijab
“Saya orang paling gembira bila nampak dia berhijab. Rasa gembira dia berhijab tu mengatasi semua rasa-rasa suka saya sebelum-sebelum ni.
“Sebagai seorang suami, saya cukup gembira dengan penampilan terbaru isteri saya,” ujarnya di akhir perbualan.
BACA: “Masya-Allah Sister!” - Cantiknya Cik Manggis Berhijab, Netizen Doa Semoga Istiqamah
;